Maszlee nafi dakwa tidak dijemput hadir mesyuarat bersama MB Johor



Sebaran :


Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik menolak dakwaan beliau tidak menerima jemputan menyertai mesyuarat bersama Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad pada 27 Mei.

Katanya, isu yang dibangkitkan ialah beliau tidak dibenarkan menyertai mesyuarat dengan alasan menteri besar sudah memulakan ucapan pada hari kejadian.

“Kenyataan (Pejabat) Menteri Besar itu tidak betul. Saya tidak dakwa tidak terima jemputan, saya kata tidak dibenar masuk ke pautan mesyuarat atas alasan menteri besar berucap.



“Rujuk kenyataan dalam Facebook saya tiga hari lalu,” katanya.

Maszlee berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Pejabat Menteri Besar Johor yang menafikan dakwaan kononnya beliau dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak menerima jemputan untuk menyertai sesi perbincangan berkaitan kebajikan rakyat Johor secara maya.

Pada 27 Mei Maszlee berkata, beliau sudah bersedia sejak pukul 9.45 pagi dan menantikan urus setia Pejabat Menteri Besar Johor membenarkannya menyertai mesyuarat itudan sehingga 10.15 pagi beliau terkejut apabila ditolak untuk menyertainya.



“Saya telah menghubungi Ketua Penolong Pegawai Daerah Kluang dan beliau menghubungi pihak Pejabat MB Johor yang kemudian menyampaikan mesej bahawa pihak urus setia tidak membenarkan saya menyertai sidang video kerana MB Johor telah berucap,” katanya.

Sementara itu, Syed Saddiq berkata di Twitter bahawa beliau tidak menerima sebarang jemputan atau maklumat mengenai mesyuarat menteri besar bersama semua ADUN dan Ahli Parlimen Johor. FMT

Pertahankan Ain atau letak jawatan, kata Maszlee kepada Radzi


Sebaran :


Leave a Reply