COVID-19: Nilai R-naught negara naik 1.21, tertinggi tahun ini


KUALA LUMPUR: Untuk tempoh seminggu berturut-turut, kadar kebolehjangkitan R-naught COVID-19 di Malaysia tidak pernah turun.

Pada Ahad, ia mencatatkan nilai tertinggi pernah direkodkan untuk tahun ini iaitu 1.21.

Angka itu naik dari kadar 1.18 dicatatkan hari sebelumnya.

Kesemua negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0.

Wilayah Persekutuan Labuan terus mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.76.

Ia diikuti Perlis, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Perak, Melaka dan Kedah.

Ini termasuk Putrajaya, Sabah, Johor, Selangor, Kelantan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sarawak.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Awani

APA ITU NILAI R (R VALUE) / R0, R-NAUGHT

Nilai R adalah kebolehjangkitan satu kes positif kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan.

Contohnya: Jika Nilai R 2.2 bermaksud: 10 kes positif boleh menjangkiti 22 individu lain dalam tempoh kebolehjangkitan.

Nilai R digunakan untuk meramal berapa orang yang mungkin akan mendapat jangkitan. Semakin tinggi Nilai R, semakin ramai yang akan mendapat jangkitan. Ini membolehkan Kerajaan merancang strategi langkah kawalan dan pencegahan terhadap penyekit ini. Selain itu, Nilai R juga boleh menunjukkan sama ada sesuatu tindakan kawalan dan pencegahan yang telah dan sedang dilakukan berkesan atau tidak.

Noor Hisham beri amaran lengkung jangkitan naik semula

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker