Noor Hisham beri amaran lengkung jangkitan naik semula

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberi amaran pagi ini, setelah lengkung jangkitan Covid-19 menunjukkan peningkatan.

“Kita perlukan sifat tanggungjawab sosial dan pematuhan menyeluruh untuk ratakan lengkung lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dia mengulas demikian selepas trend penurunan nilai kebolehjangkitan (RT) atau R-naught (R0) mencecah 1.00 semalam. Angka tersebut berada di sekitar 0.87 sejak awal bulan Mac.



Kali terakhir R0 mencecah 1.0 ke atas adalah pada 4 Feb, iaitu 1.09.

R-naught 1.0 menunjukkan bahawa wabak itu tidak meningkat atau menyusut, dan ini bermaksud kes mula menurun.

Jumlah kes harian juga telah menurun sehingga 1,063 pada 16 Mac.

Susulan itu, dalam sembilan hari terakhir, rata-rata kes harian sekitar 1,348 – dengan paling tinggi 1,671 kes pada 20 Mac.



Dalam enam hari terakhir, jumlah kes baru juga mengatasi jumlah pesakit pulih sebanyak empat kali, yang menyebabkan peningkatan kes aktif.

Menerusi model yang ditunjukkan Noor Hisham, negara akan melaporkan jumlah kes harian kurang dari 1,000 pada pertengahan April jika R-naught cecah 0.8 kerana pematuhan SOP.

Bagaimanapun, jika R-naught meningkat sehingga 1.2, jumlah harian kes Covid-19 boleh mencecah 2,000 sehari.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker