Pilihan raya Vietnam: Lebih 69 juta turun mengundi



Sebaran :


LEBIH 69 juta penduduk keluar mengundi di seluruh Vietnam pada Ahad bagi memilih Ahli Parlimen Dewan Perhimpunan dan Anggota Majlis Rakyat di semua peringkat.

Diadakan setiap lima tahun sekali, pilihan raya tahun ini bermula jam 7 pagi waktu tempatan membabitkan sekitar 80,000 pusat pengundian seluruh negara.

Setiausaha Umum Parti Komunis, Nguyen Phu Trong antara yang terawal turun mengundi di ibu negara Hanoi.



Langkah pencegahan COVID-19 menjadi keutamaan dalam kelancaran proses pengundian ketika kes masih lagi melonjak tinggi di negara itu.

Kebanyakan kes tertumpu di wilayah Bac Ninh dan Bac Giang yang merupakan kawasan zon perindustrian dan perumahan pekerja kilang.

Justeru, kerajaan tampil menyediakan stesen pengundian khas di hospital dan pusat kuarantin bagi dua wilayah berkenaan dan beberapa wilayah lain.



Pengambilan suhu dan penggunaan cecair pembasmi kuman adalah diwajibkan. Awani

Malaysia suspended its democracy to combat the virus, now it’s even worse


Sebaran :


Leave a Reply