Resepi mee kari Ipoh mali
Resepi mee kari Ipoh mali
Kalau pergi Ipoh ramai yang akan cari mee kari.
Bagi mereka yang gemar makan mee kari, resepi ini wajib anda cuba. Cara menyediakannya tidak sukar dan bahan-bahan mudah didapati. Jom cuba!
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih – kisar
3 cm halia
5 sudu besar rempah kari daging
1 tangkai daun Kari
2 sudu besar ikan bilis (rendam dan dikisar)
1 ½ cawan santan
2 sudu besar minyak masak
10 biji bebola ikan
6 keping kek ikan
8 ketul tauhu kering
Garam secukup rasa
1 liter air
BAHAN A:
500 gm mee kuning (celur)
100 gm tauge (celur)
1 tangkai kecil daun sup & daun bawang
50 gm bawang goreng
CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar bersama daun kari.
2.Campurkan rempah kari dengan sedikit air untuk menjadi pes dan masukkan ke dalam periuk. Sentiasa kacau.
3.Selepas itu, masukkan pula ikan bilis dan biarkan seketika.
4.Tuangkan santan dan juga air. Biarkan sehingga mendidih dan kecilkan api.
5.Tambahkan garam dan masukkan bebola ikan, kek ikan dan tauhu kering. Sedia untuk dihidangkan bersama me kuning.
Resepi: Cef Kamarul
You must be logged in to post a comment.