Covid-19 : Rekod baharu 98 kematian


PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 terus melonjak dengan dua lagi rekod dicatatkan hari ini apabila Kementerian Kesihatan melaporkan 9,020 kes baharu Covid-19 dan 98 kematian.

Jangkitan harian mencatatkan rekod baharu selama lima hari berturut-turut, dengan rekod terakhir ialah 8,290 kes semalam, manakala angka korban tertinggi sebelum ini ialah 63 kematian yang dicatatkan Rabu lalu.

Seramai 5,527 pesakit pulih, menjadikan keseluruhan 479,666 daripada 558,534 pesakit Covid-19 sembuh setakat ini, manakala 2,650 orang meninggal dunia akibat virus itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 76,218 kes aktif, dengan 430 daripada 844 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baharu itu, lima ialah kes import dan baki 9,015 kes penularan tempatan merangkumi 8,346 warganegara dan 669 warga asing.

Katanya, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi, dengan 2,836 kes.

Ia diikuti Kelantan (907), Negeri Sembilan (898), Kuala Lumpur (789), Sarawak (726), Johor (468), Kedah (468), Pulau Pinang (345), Melaka (340), Perak (272), Sabah (265), Labuan (253), Pahang (216), Terengganu (189), Putrajaya (29) dan Perlis (19).

Noor Hisham berkata, semua 98 kematian itu terdiri daripada warganegara berusia 18 hingga 91 tahun, dengan 83 daripadanya mempunyai latar belakang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan dislipidemia.

Tujuh daripadanya hanya dikesan positif Covid-19 selepas mayat mereka dibawa ke hospital. FMT

Tiga faktor kes kematian COVID-19 meningkat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker