Resepi Apom Lenggang Terlajak Laris
Resepi Apom Lenggang Terlajak Laris
Masa Penyediaan: 2 jam,
Masa Memasak:30 minit,
Jumlah Hidangan:15 biji
Siapa yang pernah makan apom lenggang masa kecil dulu pasti teringat akan kesedapan apom ni.
Cara nak buat apom lenggang ni mudah sahaja. Ada resepi yang menggunakan nasi dan ada juga yang menggunakan ragi.
Untuk resepi apom lenggang di bawah ni kita gunakan nasi sejuk mengikut cara yang dibuat oleh orang-orang tua dahulu.
Apabila bancuhan diperap, rasa yang enak dari beras dan tekstur yang lembut dan gebu akan terhasil.
Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil yis
1 cawan santan
Dan 1 biji telur
sedikit garam
Bahan untuk kisar halus:
3/4 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan air
Cara Penyediaan:
Satukan tepung beras, tepung gandum, gula pasir, yis, santan, telur dan bahan kisar halus. Kacau sebati memudian masukkan garam secukup rasa.
Tapiskan adunan dengan penapis supaya tiada ketulan.
Perap selama beberapa jam. Minimum masa untuk diperap ada satu jam. Boleh juga untuk diperap semalaman, tetapi santan hendaklah dimasukkan keesokan harinya sebelum dimasak.
Panaskan kuali non-stick dan tuangkan beberapa titik minyak jika mahu.
Sendukkan adunan apom dan lenggangkan kuali sehingga apom menjadi bulat sekata. Masak sehinnga kekuningan dan garing di bahagian tepi.
Angkat dan lipat 3 bahagian, atau gulung.
Tips:
Seeloknya adunan apom lenggang diperam semalaman, tetapi ingat santan perlu dimasukkan keesokan harinya.
Resepi Apom Lenggang Terlajak Laris
Resepi Che Nom
Baca Artikel Menari
- Peti mayat penuh, Hospital Selayang terpaksa sedia kontena khas untuk jenazah Covid-19
- Wanita mahu ‘serang’ Israel dengan cara hancurkan rumah tangga tentera zionis
- Menteri Umno wajar tarik diri segera demi Malaysia – Isham
- Pinjam hampir RM 100b dalam tempoh 5 bulan kira tak banyak ke – tanya Najib
- Tak hadir mesyuarat, mana adab Muhyiddin dengan Sultan Johor
- Resepi Sambal Telur Pecah Bercili Pedas
Layari Laman Facebook MYKMU NET