Siti Nurhaliza, Ustaz Don, UAI Antara Yang Dikompaun

Kompaun sebanyak RM10,000 dikenakan masing-masing kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika mengadakan majlis tahnik anak kedua pasangan itu di kediaman mereka di Ampang, April lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kompaun tersebut dikenakan selepas mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya yang telah meneliti kertas siasatan diberikan pihaknya.

Katanya, ini susulan kegagalan pematuhan SOP termasuk penjarakan fizikal sewaktu bergambar dan sebagainya.

“Kompaun sebanyak RM2,000 turut dikeluarkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.

“Selain itu, turut dikenakan jumlah kompaun yang sama adalah tiga lagi ahli anak Khalid,” katanya pada sidang akhbar secara maya, hari ini.

Arjunaidi berkata, Norman Hakim dan Abby Abadi serta pasangan masing-masing turut dikenakan kompaun.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker