Lapan kes brought in dead, jangan tunggu gejala makin teruk baru nak buat ujian- KKM



Sebaran :


SEBANYAK lapan kes brought-in-dead (BID) daripada 63 kes kematian akibat COVID-19 telah dilaporkan semalam.

Menurut media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), BID adalah kes kematian di luar hospital dan hasil bedah siasat mengesahkan kematian disebabkan COVID-19.

“Jika anda bergejala, lakukan ujian saringan. Jangan tunggu gejala menjadi semakin teruk seperti sukar bernafas terutama melibatkan golongan berisiko tinggi.



“Tindakan utama kita ialah lindungi diri daripada COVID-19,” kata hantaran media sosial KKM hari ini.

Daripada laporan kes kematian semalam, individu positif COVID-19 termuda yang jenazahnya dibawa ke hospital berumur 25 tahun.

Lindungi penjagaan kesihatan daripada lumpuh, rayu Noor Hisham kepada rakyat



Individu berkenaan seorang wanita yang mempunyai latar belakang Obesiti dan Obstructive Sleep Apnea dan jenazahnya dibawa ke Hospital Serdang.

Selain itu, lapan kes kematian BID yang dilaporkan semalam juga melibatkan pelbagai kategori umur termasuk 40-an hingga 70-an.

Yang tertua kes jenazah dibawa ke hospital ialah berusia 73 tahun juga dilaporkan di Hospital Serdang, Selangor.



Bukan setakat kes semalam, sejak seminggu yang lalu misalnya, hampir setiap hari ada sahaja kes kematian yang dalam kategori jenazah dibawa ke hospital atau BID.

Perkara itu antara yang membimbangkan ketika ini selain bilangan kes kematian COVID-19 yang tinggi setiap hari melebihi 60 kes.

Turut menjadi perhatian ketika ini, kes pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan melebihi 700 individu sekali gus satu cabaran besar kepada sistem penjagaan kesihatan awam.



Kes harian virus itu pula melebihi 7,000 kes untuk dua hari berturut-turut sejak kelmarin. Utv

Apa maksud kerajaan dengan ‘lockdown’ kendiri ?


Sebaran :


Leave a Reply