Kompaun RM2,000 naik kereta empat orang
SUNGAI PETANI – Seorang juruelektrik dikompaun RM2,000 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan membawa tiga individu dalam kenderaan dipandunya di Bandar Lagenda Height, kira-kira 10.25 malam pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kompaun pemandu berusia 22 tahun itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP dengan membawa penumpang lebih dari had yang dibenarkan.
Menurutnya, ketika pemeriksaan Ops Covid-19 dijalankan ke atas kenderaan jenis Toyota Avanza dipandu lelaki dari Sik itu terdapat tiga penumpang lain.
“Semasa menjalankan tugas sekitar Lagenda Heights, kita telah periksa kereta tersebut dan mendapati jumlah individu dalam kenderaan itu seramai empat orang iaitu melebihi kapasiti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Kompaun sejumlah RM2,000 adalah mengikut Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021,”
Kompaun RM2,000 naik kereta empat orang
Baca Artikel Menarik
- Resepi ayam goreng berempah dan kuah nasi kukus
- Turun lawat, tengok sendiri sekolah pedalaman jalani PdPR, kata Puad
- PKP: Najib ajar kerajaan cara buat perbelanjaan
- Selepas #kerajaangagal keluar pula #kerajaanbodoh
- [VIDEO] Nasi di Kedah sedap, antara alasan rentas negeri guna lorong tikus
Layari Laman Facebook MYKMU NET