Jangan Ketinggalan Saksikan Fenomena Gerhana Bulan Penuh ‘Super Flower Blood Moon’ Hari Ini

Jangan ketinggalan saksikan fenomena gerhana bulan penuh Super Flower Blood Moon hari ini

Apabila matahari, bumi dan bulan berada dalam kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayang umbra bumi, akan berlakunya fenomena bulan penuh.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Samsuddin Omar, ketika berlakunya gerhana, bulan dengan perlahan akan bertukar daripada warna putih mutiara kepada warna kemerahan selama 14 minit dan kembali ke warna asalnya dalam tempoh lima jam.

Di Malaysia, keadaan ini boleh disaksikan pada 26 Mei (Rabu) ini bermula jam 4.47 petang sehingga 9.50 malam.

Jangan Ketinggalan Saksikan Fenomena Gerhana Bulan Penuh 'Super Flower Blood Moon' Rabu Ini

Akan tetapi masyarakat Sabah dan Sarawak hanya berpeluang menyaksikan fenomena tersebut ketika fasa gerhana separa. Manakala untuk Semenanjung pula adalah pada fasa gerhana maksimum.

Jangan Ketinggalan Saksikan Fenomena Gerhana Bulan Penuh 'Super Flower Blood Moon' Rabu Ini

Untuk saksikan siaran langsung Gerhana Bulan Penuh Super Flower Blood Moon, anda boleh ikuti media sosial Planetarium Negara:

Facebook: https://www.facebook.com/planetariumnegara

YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCLEA5IFFg30dPpaMo9fKUXQ

Kenapa Bulan Kelihatan Seperti Warna Merah?

Menurut sumber ANGKASA, fenomena ‘bulan merah’ ini dikenali sebagai serakan Rayleigh, iait fenomena yang menyebabkan matahari kelihatan kemerahan ketika matahari terbit dan terbenam, pelangi kelihatan berwarna-warni dan langit kebiruan.

1. Cahaya Matahari

Semasa Gerhana Bulan Penuh, Bumi menghalang cahaya Matahari daripada sampai ke permukaan Bulan. Apabila Bulan berada sepenuhnya dalam bayang umbra Bumi, cahaya Matahari masih boleh sampai dan menyinari Bulan. Cahaya Matahari akan melalui atmosfera Bumi terlebih dahulu dan kebanyakan cahaya warna biru akan ditapis. Cahaya yang tertinggal ialah warna merah atau jingga yang lebih malap berbanding dengan cahaya putih Matahari.

2. Atmosfera Bumi

Atmosfera Bumi juga membiaskan sebahagian cahaya Matahari dan hanya sebahagian kecil sahaja yang sampai dan menyinari Bulan. Kesan penapisan dan pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera Bumi menyebabkan Bulan kelihatan merah semasa gerhana maksimum. Jika Bumi tiada atmosfera, maka Bulan akan berada dalam keadaan gelap sepenuhnya semasa berlakunya Gerhana Bulan Penuh.

Jangan lupa juga buat solat sunat khusuf ya.

37910414_1986949828022243_4181280834524807168_n

Sumber: ANGKASA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker