[VIDEO] Punyalah Semangat..Wanita Ini Curi Perhatian Buat Aksi ‘Pancaragam’ Untuk Palestin
Di kala Palestin diserang rejim Zionis Israel, banyak negara-negara Arab yang diam dan tidak berani untuk mempertahankan negara jiran mereka itu.
Malaysia adalah salah satu negara di luar kawasan Timur Tengah yang paling lantang meluahkan sokongan mereka di media sosial dengan pelbagai cara kreatif mahupun dalam temuramah-temuramah dengan media antarabangsa.
Selain menyerang penyokong Israil dan menyebarkan bukti keadaan semasa yang berlaku di Palestin, ada juga yang memberi sokongan dalam bentuk kandungan-kandungan kreatif dan informatif seperti lagu, video, dan sebagainya.
Namun cara seorang wanita ini menunjukkan solidaritinya terhadap rakyat Palestin agak berbeza dan menarik perhatian. Dalam sebuah video yang tular, seorang wanita berniqab dilihat berdiri di hadapan rumahnya dengan bendera Palestin yang dibentangkan pada cermin kereta.
Wanita itu juga memegang sebatang kayu yang kelihatan seperti batang penyapu sebelum mula membuat aksi seperti ahli pancaragam dengan mengetuk batang kayu itu di atas jalan dan membalingnya ke udara sebelum menangkapnya semula.
Video yang diiringi lagu Arab tersebut berakhir dengan wanita tersebut mematahkan batang kayu berkenaan dengan kakinya dan mencampakkannya ke atas jalan.
VIDEO DIBAWAH:-
[videopress Rgv96aWi]Tindakan luar biasa itu ternyata mencuri tumpuan ramai netizen.
“Mesti jiran pelik…”
“ninja lontar batang penyapu…”
“Ada nampak kayu mop mak tak…”
“Akak sabar kak…”
“Team pancaragam sekolah dulu…”
HCL
Konon Sertai Demonstrasi Palestin, Sekali Terbawa Bendera Itali