Kerajaan wajar segerakan bantuan kepada warga KL susulan PKP

Sebaran :

 

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) mendesak kerajaan menyegerakan bantuan kepada warga Kuala Lumpur susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan SOP terbaru yang lebih ketat.

“Semestinya dalam suasana pandemik Covid-19 yang belum reda, rakyat Malaysia khususnya warga Kuala Lumpur akur dengan keperluan mengawal pergerakan dan mengehadkan aktiviti dalam usaha melandaikan lekuk penularan wabak,” kata PH.

Susulan itu dalam kenyataan bersama, PH menyarankan beberapa langkah bantuan memandangkan peningkatan kes Covid-19 dan sekatan pergerakan memberi kesan terhadap ekonomi dan kebajikan warga kota.



Antaranya, PH meminta diwujudkan program saringan massa (mass screening) RTK-Antigen percuma buat warga kota Kuala Lumpur di setiap Parlimen.

[VIDEO & FOTO] Penumpang Cedera, Tren LRT Dipercayai Brek Mengejut Di LRT Laluan Kelana Jaya

Turut dicadangkan, pemberian sewa percuma tambahan 12 bulan bagi semua penyewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan penjaja DBKL, bermula Mei 2021.

PH juga meminta Van Wilayah digunakan di setiap Parlimen untuk membantu membawa warga Kuala Lumpur ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).


Malah, PH juga meminta kerajaan persekutuan memberi cukai pintu percuma bagi enam bulan kedua (Julai-Disember) tahun 2021 bagi pemilik rumah flat atau perumahan kos rendah serta pemberian baucar RM500 kepada golongan B40 di dalam senarai BPN, Baitulmal dan e-Kasih.

Sementara itu, PH juga mendakwa, sehingga hari ini kerajaan persekutuan belum mengumumkan langkah, bantuan dan sokongan yang akan diberi kepada warga Kuala Lumpur yang kini memerlukannya.

“Kami percaya dengan bantuan segera seperti di atas, bebanan yang dipikul warga Kuala Lumpur akan dapat diringankan serba sedikit.”

[VIDEO & FOTO] Insiden Tren LRT: 47 parah, 166 cedera ringan LRT bertembung berhampiran Stesen KLCC

Kerajaan wajar segerakan bantuan kepada warga KL susulan PKP


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Status Nilai 3: Mufti saran PDRM siasat isu lebih penting

 


Sebaran :

Leave a Reply