Kemalangan LRT: Pengerusi Prasarana Dikecam
Penjelasan Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd Tajuddin Abdul Rahman berkenaan ketiadaannya di tempat kejadian ketika kemalangan transit aliran ringan (LRT) semalam dikecam di media sosial.
Kebanyakannya tidak senang dengan kenyataan “first thing in the morning” yang dibuatnya.
Dalam sidang medianya hari ini, Tajuddin memberitahu yang dia tidak akan meletakkan jawatan susulan kejadian semalam, yang menyaksikan 47 penumpang dirawat di hospital – enam daripadanya dalam keadaan kritikal.
Dia juga menunjukkan rasa kurang senang terhadap pihak yang didakwanya cuba membuat provokasi berkaitan ketiadaannya semalam.
“Saya baru habis tugasan dengan syarikat di Subang petang (semalam), saya pun dapat tahu lambat. Saya pun dah sedia untuk vaksinasi hari ini. Saya patut terima dos kedua hari ini, you know?” katanya.
Dia juga berkata tahu bahawa pihak lain seperti Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong dan CEO Prasarana Norila Noah ada di tempat kejadian.
“Semua ada (semalam),” katanya sebelum berkata yang dia terus bercadang untuk ke terus ke lokasi pada pagi ini.
“Bila saya dapat tahu, sudah lewat, saya buat keputusan akan datang ‘first thing in the morning’. Ini bermakna saya memang serius dalam perkara ini. Jadi pagi lagi saya sudah turun, pergi tengok terowong semua,” katanya.
Katanya lagi, perkara paling penting adalah untuk Prasarana terus menjaga perkhidmatan dan penumpang.
Dalam sidang media itu, dia memaklumkan setiap penumpang yang terlibat dalam kemalangan itu akan menerima pampasan RM1,000, selain bantuan kewangan untuk kos perubatan, rawatan susulan dan ganti rugi untuk kehilangan pendapatan akibat kemalangan.
Bagaimanapun, respons Tajuddin berhubung insiden mengejutkan itu telah mengundang kritikan, antaranya daripada Presiden Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam Ajit Johl, yang menggesa agar dia letak jawatan atau dipecat.
Seorang pengguna Twitter, @emirazahari turut mengecam kenyataan Tajuddin.
“Beratus orang cedera semalam. Jika anda tak boleh jawab soalan dengan baik, diam sajalah.”
@Nazharun pula bertanya mengapa Tajuddin tidak mengetahui tentang perkara itu lebih awal.
“Siapa dan di mana pegawai anda? Mengapa mereka tidak beritahu anda segera? Dan mengapa anda bersikap merendah-rendahkan (condescending)?” soalnya.
Kemalangan LRT: Pengerusi Prasarana Dikecam
Baca Artikel Menarik
- Resepi ayam goreng berempah dan kuah nasi kukus
- Turun lawat, tengok sendiri sekolah pedalaman jalani PdPR, kata Puad
- PKP: Najib ajar kerajaan cara buat perbelanjaan
- Selepas #kerajaangagal keluar pula #kerajaanbodoh
- [VIDEO] Nasi di Kedah sedap, antara alasan rentas negeri guna lorong tikus
Layari Laman Facebook MYKMU NET
[VIDEO & FOTO] Insiden Tren LRT: 47 parah, 166 cedera ringan LRT bertembung berhampiran Stesen KLCC
Lapan ahli keluarga Exco Perak Zainol Fadzi positif COVID-19
You must be logged in to post a comment.