Anak terajang, pukul ibu empat jam dalam rumah

Anak terajang, pukul ibu empat jam dalam rumah

GEORGE TOWN – Pasukan bomba dan polis mengambil masa hampir empat jam untuk menyelamatkan seorang wanita warga emas yang cedera akibat diterajang dan dipukul menggunakan tukul oleh anak lelakinya di sebuah flat Jalan Gangsa, Jelutong, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 malam itu, suspek lelaki berusia 40-an turut mengancam membunuh diri dengan membuka dua tong gas gas petroleum cecair (LPG) bagi tujuan menakutkan pasukan penyelamat.

Difahamkan, suspek ketika kejadian berada di bawah pengaruh dadah.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Shaari Mansor berkata, pihaknya menerima panggilan ancaman bunuh diri pada pukul 10.57 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian mendapati mangsa yang juga suspek lelaki bertindak agresif dengan mencederakan ibunya dengan tukul selain menendang dan mengacu objek tajam ke arah wanita berusia dalam lingkungan 60-an itu.

“Suspek bertindak memukul ibunya, sejurus melihat pasukan polis dan bomba berada di hadapan rumahnya sehingga kami terpaksa beredar untuk mengelak tindakannya yang lebih agresif.

“Ibu suspek kemudiannya dilepaskan sendiri olehnya selepas permintaan lelaki itu untuk pihak polis dan bomba beredar dari lokasi berkenaan dituruti.

“Lelaki berusia 40-an itu turut mengancam membuka dua unit tong gas jenis LPG. Anggota kemudiannya membuka satu aliran bertekanan tinggi sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran dan memecah masuk pintu pagar kediaman terbabit” katanya kepada Kosmo! di sini.

Beliau memberitahu lagi, suspek telah diberikan rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan St. John sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. K Online

Anak terajang, pukul ibu empat jam dalam rumah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut

Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin

Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker