Ayam gunting mahal, cecah RM15 tular

Ayam gunting mahal, cecah RM15 tular

Kenaikan harga makanan terus menjadi perhatian dalam kalangan masyarakat susulan peningkatan harga barang sejak awal tahun ini.

Kini, harga bagi ayam gunting pula tular di laman sosial dikatakan semakin mahal sehingga mencecah RM15.



Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna di laman sosial dikenali sebagai Abeyricano, dia mempersoalkan perkara tersebut kerana terkejut melihat harga terkini bagi menu berkenaan.

Bukan sahaja mahal, ada juga yang turut mengeluh mengenai saiz ayam gunting kerana mendakwa peniaga menggunakan tepung yang banyak dan ayam yang kecil.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang turut bersetuju bahawa harga bagi makanan tersebut semakin mahal.

“Wow, RM9, ayam gunting di tempat saya sudah jadi RM15,” luah qiels.



“Sekarang di Tapak urban Jalan Ampang, harga terkini adalah RM12,” ujar tyraspell.

“Ayam gunting ni kesukaan saya dan sekarang sudah RM10. Korang beli ayam gunting ‘grand hayat’ ke?” kata melmuzzie. K Online

Ayam gunting mahal, cecah RM15 tular


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini



Hina OKU, Kak Long 7E akhirnya mengadap Polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker