‘Abang Nuar’ Tak Dapat Jadi PM..Anwar Balas 😐
Tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membalas ciapan seorang pengguna Twitter seakan-akan memberi gambaran perasaan dilaluinya ketika ini susulan tidak berpeluang menjawat jawatan Perdana Menteri.
Reaksi Anwar yang mesra disapa sebagai Abang Nuar dalam kalangan netizen membalas ciapan itu dengan ikon emoji ‘neutral face’ disifatkan sebagai menjawab lawak yang dibuat oleh netizen.
Terdahulu, seorang pengguna Twitter, @farhunt_ibrahim memuat naik satu ciapan dengan menulis pertanyaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Anwar.
Menerusi ciapan itu, Dr. Mahathir menanyakan berapa kali Anwar menjadi Perdana Menteri sebelum beliau menjawabnya sebagai belum.
Ciapan itu seterusnya diakhiri dengan Dr. Mahathir menjawab sudah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali.
Ciapan balas Anwar terhadap status itu turut menerima lebih 9,000 tanda suka selain dikongsi 7,000 pengguna.
Difahamkan, ciapan yang ditulis pengguna Twitter terbabit rentetan daripada pertanyaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap seorang pengacara televisyen dalam sebuah program bual bicara semalam.
Menerusi program itu, Muhyiddin menanyakan sudah berapa kali pengacara itu menerima suntikan vaksin sebelum Perdana Menteri mengatakan beliau sudah menerimanya sebanyak dua kali. -K! ONLINE
Tun M : You dah pernah jadi PM?
DSAI : Belum
Tun M : Saya dah dua kali dah
— _fa_arhan (@farhunt_ibrahim) May 24, 2021
You must be logged in to post a comment.