SKMM Nafi Tuduhan Syed Saddiq

Sebaran :

SKMM Nafi Tuduhan Syed Saddiq

SKMM Nafi Tuduhan Syed Saddiq

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan tuduhan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung ‘arahan’ kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk merampas telefon mudah alih milik beliau.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, selaku agensi teknikal dalam membantu siasatan, pihak PDRM tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk merampas bahan bukti yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan.

Sebaliknya, kata MCMC, pihaknya akan terus mengemukakan bantuan dan syor teknikal, sesuai dengan keperluan siasatan secara telus tanpa sebarang agenda terlindung termasuk agenda politik

Syed Saddiq Bengang ‘Handphone’ Dirampas Polis

MCMC juga menafikan wujudnya ‘unit khas’ untuk tujuan politik, gangguan politik, kempen sabotaj dan lain-lain seperti yang didakwa oleh Syed Saddiq dalam kenyataan beliau.

“Untuk makluman, MCMC berperanan untuk mengawal selia peraturan industri berdasarkan kuasa yang termaktub di dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (ASKMM) 1998 dan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

MCMC berkata, selain itu, susunan organisasinya dibentuk dan disusun bersesuaian dengan peranan kawal selia yang dilaksanakan oleh suruhanjaya tersebut. -K! ONLINE

SKMM Nafi Tuduhan Syed Saddiq


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Syed Saddiq didakwa berborak lucah dengan pelajar di WhatsApp


Sebaran :

Leave a Reply