Resepi kek marble pic gebu

Sebaran :

Resepi kek marble pic gebu
Resepi kek marble pic gebu

Teringin nak makan kek? Apa kata cuba resepi kek marble pic ini. Sedap, lembut dan gebu. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

BAHAN:

  • 250 gm mentega
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 220 gm gula kastor
  • 4 biji telur saiz A
  • 1 sudu besar ovellate
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 1 sudu besar serbuk koko

CARA:

  • 1.Putar mentega dan gula hingga kembang. Masukkan esen vanila dan ovellate, putar lagi.
  • 2.Kemudian masukkan telur satu persatu putar sampai kembang.
  • 3.Masukkan tepung sikit demi sedikit, selang seli dengan susu segar, putar sampai adunan semua sebati
  • 4.Bahagikan kepada dua bahagian. Untuk coklat masukkan emulco dan serbuk koko pukul sampai sebati.
  • 5.Masukkan ke dalam loyang selang seli warna putih n warna coklat supaya nampak marble.
  • Bakar selama 45 minit pada suhu 170⁰C bergantung pada ketuhar masing-masing.
  1. Foto & Resepi: Norzila Saim

Resepi kek marble pic gebu


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Laksam Kedah Viral


Sebaran :

Leave a Reply