Resepi Daging Masak Merah ala Thai

Resepi Daging Masak Merah ala Thai
Resepi Daging Masak Merah Ala Thai

Masa Penyediaan: 15 minit,
Masa Memasak:15 minit,
Jumlah Hidangan:4 orang

Kita nak kongsi satu lagi resepi yg mendapat permintaan ramai iaitu resepi Daging Masak Merah Ala Thai yang lebih kurang macam kat kedai tomyam tu.

Caranya mudah dan ringkas. Dagingnya direbus hingga masak empuk dan lembut, dihiris nipis dan kemudian digoreng garing. Letak sedikit pewarna merah supaya rupanya sama seperti yang dihidangkan di restoran Thai.



Kemudian kita masak bersama bahan-bahan lain supaya menghasilkan kuah merah yang pekat, pedas dan sangat sedap.

Bahan-Bahan:

1/2 kilo daging lembu
air secukupnya
sedikit pewarna merah
minyak secukupnya
1 mangkuk minyak
3 ulas bawang putih, cincang kasar
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 batang karot, hiris nipis
7-8 biji cili padi, belah 2
2 sudu besar sos ikan
1/2 mangkuk air rebusan daging
1 biji tomato, belah 6
1/2 biji bawang holland, hiris membulat
3-4 helai daun limau purut

Cara Penyediaan:

Potong daging kepada 2 ketulan besar.

Rebus di dalam periuk bersama air dan sedikit pewarna merah sehingga daging lembut. Setelah lembut, angkat dan sejukkan. Hiris nipis daging ikut arah lawan urat.



Panaskan minyak. Goreng hirisan daging sehingga garing sedikit, angkat dan ketepikan.

Keluarkan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.

Masukkan daging yang digoreng tadi. Kacau-kacau sekejap.

Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.



Masukkan hirisan karot, cili padi, sos ikan dan air rebusan daging. Masak sekejap sehingga bahan bergaul sebati.

Masukkan tomato, hirisan bawang holland dan daun limau purut yang dicarik-carikkan.

Tips:

Berapa lama daging lembut bergantung kepada jenis daging yang digunakan. Kalau daging batang pinang lebih cepat lembut bila direbus.

Daun limau purut harus dibuang tulang tengahnya untuk elakkan pahit. Carik-carikkan supaya lebih beraroma bila dimasak bersama daging.



Resepi Che Nom


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi quiche bayam pepperoni



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker