Resepi ayam kalio sedap dan wajib cuba
Resepi ayam kalio sedap dan wajib cuba
Ayam kalio adalah salah satu masakan Minang yang sangat sedap dan lazat. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga. Jom cuba resipi yang pasti tambat selera ini.
BAHAN
½ ekor ayam
250 ml santan atau susu cair
3 helai daun limau purut – hiris
1 batang lobak merah
1 biji tomato
2 keping asam gelugur
Air secukupnya
Garam dan gula
Minyak masak
BAHAN KISAR
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 tangkai cili merah
Dan 4 cm halia
4 cm lengkuas
2 batang serai
2 cm kunyit hidup
CARA
1.Tumis bahan kisar hingga wangi sehingga pecah minyak.
2.Kemudian masukkan ayam dan asam gelugur. Masak hingga ayam kecut.
3.Kacau dan balikkan selalu agar ayam sekata masaknya.Tambah sedikit air.
4.Masukkan santan atau susu cair, daun limau purut serta lobak merah. Jika mahu kuah lebih boleh ditambah sedikit air lagi.
5.Masaklah sehingga kuah agak pekat. Masukkan tomato, sesuaikan rasa.
Resepi : Malina, Pulau Pinang
Resepi ayam kalio sedap dan wajib cuba
- Sedekah penyubur ukhuwah : Dr Nor Hazrul Mohd Salleh
- Lelaki maut di IPD Gombak hadir untuk urusan dokumentasi, bukan disiasat, kata polis
- [VIDEO & FOTO] Kereta Dipanah Petir. Badan Lelaki Hancur, Kereta Meletup
- Mek Yun Gadis Cina Fasih Melayu
- Noor Hisham difitnah ikut upacara agama, Freemasons
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.