MKT Umno akan menghadap Agong, mohon pertimbang ampun Najib

MKT Umno akan menghadap Agong, mohon pertimbang ampun Najib

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebulat suara bersetuju untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembah permohonan memberi pertimbangan pengampunan diraja kepada bekas presidennya, Najib Razak.

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki, berkata MKT juga akan mempersembahkan warkah rayuan kepada baginda beserta memorandum ditandatangani seluruh pimpinan Umno daripada 191 bahagiannya.



Katanya, MKT juga mengambil maklum dukacita dan keresahan yang amat ahli Umno di akar umbi terhadap keputusan yang didakwa “tidak adil” seiring kenyataan penghakiman dizahirkan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli.

Asyraf berkata, Rahman yang mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan berpandangan Najib tidak mendapat perbicaraan adil dan wajar dibebas dan dilepaskan.

“Setelah diperincikan, MKT merafak sembah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong dengan kerendahan diri memohon ihsan untuk mempertimbangkan pengampunan penuh buat Dato’ Sri Najib sebagai mana diperuntukkan mengikut Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, MKT sebulat suara bersetuju untuk memohon menghadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong beserta dengan memorandum ditandatangani seluruh kepimpinan Umno daripada 191 bahagian,” katanya dalam kenyataan.



Asyraf berkata, mesyuarat MKT juga menetapkan Perhimpunan Agung Umno tahun ini diadakan, pada 7 hingga 10 Jun.

Pada 31 Mac, Najib gagal dalam permohonannya agar sabitan dan hukumannya dalam kes rasuah SRC International disemak.

Dalam keputusan majoriti 4-1, Hakim Vernon Ong, Rhodzariah Bujang, Nordin Hassan, dan Abu Bakar Jais menolak usul bekas perdana menteri itu.

Ketika menyampaikan keputusan, Ong berkata, panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini telah mempertimbangkan kesemua 94 alasan dan penghujahan yang difailkan di mahkamah rendah sebelum menolak rayuan Najib berhubung sabitan atas kesalahan salah guna kuasa, pengubahan wang haram, dan pecah amanah.



Katanya, penghujahan pihak pembelaan sepatutnya menangani sama ada permohonan itu memenuhi syarat undang-undang untuk mewajarkan rayuan didengar semula. Sebaliknya, penghujahan itu “menyentuh merit kes SRC International” itu sendiri.

Hasil keputusan itu, Najib kekal dipenjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib. Rayuan Najib kepada Mahkamah Rayuan telah ditolak pada Disember 2021. Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos tahun lalu mengekalkan sabitan dan hukuman itu.

Pada 3 Apr, Najib memohon menggunakan penghakiman menentang oleh Rahman bagi menyokong permohonannya untuk pengampunan diraja, kata peguam Shafee Abdullah.

Shafee berkata, penghakiman minoriti Rahman dimasukkan dalam permohonan pengampunan diraja, yang sedang disediakan. FMT



MKT Umno akan menghadap Agong, mohon pertimbang ampun Najib

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker