‘Dah paling popular, jangan sambung darurat, bubar Parlimen lagi bagus’
‘Dah paling popular, jangan sambung darurat, bubar Parlimen lagi bagus’
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menempelak hasil tinjauan yang mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai pemimpin politik paling popular.
Menurutnya, beliau tahu siapa di belakang O2 Malaysia yang menghasilkan tinjauan yang menyatakan Muhyiddin memperoleh tahap kepuasan sebanyak 51 peratus daripada sejumlah 1,582 responden itu.
“Kalau begitu tunggu apa lagi, bagilah tarikh kepada Yang di-Pertuan Agong untuk adakan sidang Parlimen,” tegasnya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Kelmarin, pusat penyelidikan O2 Malaysia yang mengeluarkan hasil tinjauan ‘Sentimen Umum Pengundi Malaysia Mengenai Isu Politik dan Kepimpinan’ turut mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada di tempat kedua selepas meraih tahap kepuasan sebanyak 34 peratus.
Pemimpin parti politik tanah air ketiga popular pula milik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (30 peratus) diikuti Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (26 peratus), Presiden AMANAH Mohamad Sabu (22 peratus) dan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 11 peratus.
Mengulas lanjut, Puad yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berkata, kepopularan Muhyiddin juga pada masa sama menyaksikan pelaksanaan darurat tidak lagi relevan.
“Darurat juga tidak wajar disambung. Kalau bubar Parlimen lagi bagus. Negara lebih stabil jika kerajaan hari ini ada majoriti kukuh,” ujarnya.
Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu juga secara sinis menambah Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) boleh menarik nafas lega dengan hasil tinjauan tersebut.
Sehubungan itu, Puad berpendapat sekumpulan anak muda yang terlibat dalam demostrasi jalanan, membakar suar dan menaikkan kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’ di Parit Raja, Batu Pahat pada 1 Syawal lalu dibebaskan sahaja.
“Ternyata tuduhan ‘KerajaanGagal’ sampai bakar suar adalah tohmahan dan fitnah. PM 8 (Muhyiddin) boleh tarik nafas lega.
“Tidak perlulah tahan dan dakwa anak anak muda di Parit Raja Batu Pahat itu,” kata Puad lagi. MD
‘Dah paling popular, jangan sambung darurat, bubar Parlimen lagi bagus’
- Resepi puding batik sedap sangat
- Neelofa sekali lagi kena ‘bantai’, Berpurdah tapi tak pakai pelitup muka
- Sahabat tapi bukan gabungan?
- [VIDEO] “Hawau Kau !!” MakCik Melaka Ini Sakan Bertekak Macam ‘Petir’, Pasal Perut Bertingkat.🤣
- Pulangkan balik duit Najib, saya bagi 24 jam – Shafee
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.