Medan selera tempat pelacuran

Medan selera tempat pelacuran

Kuala Lumpur: Berselindung di sebalik medan selera, namun menawarkan khidmat pelacuran kepada pelanggan tertentu.

Pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan perlu membayar harga kalungan bunga sebelum boleh membawa wanita pelayan pelanggan (GRO) keluar dari premis berkenaan.



Kegiatan tidak bermoral premis yang beroperasi di ibu kota itu bagaimanapun terbongkar selepas serbuan dijalankan pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, medan selera itu antara 11 premis yang diserbu pasukan bermula 2.50 petang sehingga 11 malam.

“Premis diperiksa terdiri daripada dua medan selera, dua premis pelacuran dan tujuh premis urut yang beroperasi sekitar Jalan Pudu dan Bukit Bintang.

“Hasil serbuan, seramai 47 individu iaitu 25 wanita warga asing; lelaki warga asing (14); lelaki tempatan (6); dan wanita tempatan (2) yang kesemua berusia antara 18 sehingga 60 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Beliau berkata, polis turut merampas pelbagai peralatan disyaki digunakan bagi perkhidmatan seks, peralatan muzik, resit dan lesen perniagaan, telefon bimbit, kalungan bunga serta wang tunai berjumlah RM4,730.

“Siasatan awal mendapati, medan selera berkenaan menggunakan taktik memberikan kalungan bunga yang mana pelanggan akan membayarnya dengan harga tertentu.

“Selepas bayaran dibuat, pelanggan akan membawa keluar wanita warga asing terbabit bagi tujuan perkhidmatan seks,” katanya.

Katanya, kesemua individu yang ditahan akan direman untuk siasatan lanjut.



Noor Dellhan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan menyalahi undang-undang dengan menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau balai polis berhampiran. HM

Medan selera tempat pelacuran

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan

Chef Ammar dituduh riak



Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies

Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker