Resepi Agar-Agar Cendol Sedap


Resepi Agar-Agar Cendol Sedap

Masa Penyediaan: 15 minit,
Masa Memasak:20 minit,
Jumlah Hidangan:10 orang

Resepi Agar-Agar Cendol yang sangat sedap jika dihidangkan sebagai pencuci mulut tambahan lagi jika agar-agar ini disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk. Rasa lemak cendol bersantan bergabung pula bersama lapisan manis 3 jenis gula iaitu gula melaka, gula merah dan gula pasir memang sangat enak.

Untuk resepi ini kita guna agar-agar bertali yang mudah didapati di kedai-kedai runcit mahupun pasaraya.

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk lapisan gula melaka:

1/2 pek agar-agar bertali (anggaran 15g)
800 ml air
150 gram gula melaka
1/4 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
250 ml santan
1/2 sudu kecil garam

Bahan-bahan untuk lapisan santan:

1/2 pek agar-agar bertali (anggaran 15g)
800 ml air
1/2 cawan gula pasir
2 1/2 sudu teh garam
250 ml santan
1 pek cendol, tapis airnya

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk lapisan gula melaka:
Basuh dan rendam agar-agar bertali bersama air seketika, kemudian masak agar-agar bersama gula melaka, gula merah dan gula pasir sehingga larut.

Perlahankan api dan masukkan santan bersama garam. Kacau dengan kerap sehingga mendidih. Tapis dan tuang ke dalam acuan. Sejukkan sehingga beku.

Cara-cara untuk lapisan santan:

Basuh dan rendam agar-agar bertali bersama air seketika, kemudian masak agar-agar sehingga larut.

Masukkan santan, cendol dan garam. Kacau sehingga mendidih di atas api perlahan.

Tuangkan di atas lapisan gula melaka yang sudah dicakar dengan garfu supaya dua lapisan bercantum dengan sempurna.

Tips:

Apabila santan dimasukkan, harus dikacau dengan api perlahan supaya agar-agar tidak berketul.

Resepi Che Nom

Resepi Agar Agar Milo Lapis Oreo

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker