Mira Filzah & Suami Raya – Sepasang Baju Sedondon
Mira Filzah & Suami Raya Cukup Beli Sepasang Baju Sedondon. Kali pertama menyambut Syawal sebagai isteri, pelakon Mira Filzah akur meraikan suasana bersama suaminya Wan Emir Astar dengan penuh sederhana berikutan jadual kerjaya seni yang padat.
Menurut laporan BH Online, pelakon berusia 28 tahun itu hanya mendapat cuti selama beberapa hari kerana perlu menyambung penggambaran sebuah drama.
‘Photoshoot’ sebelum raya…
“Saya akui, Syawal dirai sedikit berbeza kerana kami meraikannya buat kali pertama sebagai suami isteri. Cuma, sesuatu yang tidak dapat dielak ialah jadual lakonan yang padat.
“Saya hanya dapat pelepasan sehari sebelum raya. Satu hari itu jugalah saya gunakan untuk berehat dan membuat persiapan raya serba ringkas,” katanya.
Malah pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu berkata, dia bersyukur suaminya tidak terlalu cerewet dan hanya menempah sepasang baju sedondon, sekadar menjadi syarat untuk bergambar.
“Saya tidak menyediakan baju raya sedondon banyak pasang pun. Kami hanya tempah sepasang baju sedondon berwarna biru kehijauan. Cukuplah sepasang buat saya dan suami…
“Selebihnya, saya mendapat beberapa baju tajaan sebagai duta jenama Ariani. Suami pun banyak koleksi baju Melayu. Golongan lelaki senang, suami pula tidak terlalu cerewet. Baju pun boleh ulang pakai,” ujarnya.
Terdahulu, Mira berkahwin dengan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid itu di sebuah pusat konvensyen, Kuala Lumpur pada September lalu.-OMM
Sumber: BH Online (Zaidi Mohamad)
Mira Filzah & Suami Raya Cukup Beli Sepasang Baju Sedondon
You must be logged in to post a comment.