‘Hanya vaksin Pfizer-BioNTech sesuai untuk ibu mengandung’ – KJ
Hanya vaksin Pfizer-BioNTech akan diberikan kepada ibu mengandung, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Beliau memberitahu, vaksin akan diberi pada tempoh kandungan 14 hingga 33 minggu.
Pengesyoran itu katanya adalah berdasarkan kumpulan pakar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mengulas lanjut, Khairy berkata, beliau telah meminta hospital dan pakar ibu dan anak supaya memberi keutamaan vaksin Pfizer kepada ibu menandung dalam tempoh kandungan 14 hingga 33 minggu.
Beliau turut menjelaskan, ibu mengandung atau yang sedang menyusu, yang telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera perlu berkordinasi dengan KKM.-Awani
You must be logged in to post a comment.