Pengerusi Srikandi Negeri Johor Tarik Diri, Tidak Teruskan Perjuangan Dengan Bersatu
Cabaran menjadi pemimpin muda adalah berdepan dengan pemimpin lama yang masih bermegah dengan pemikiran berdasarkan zaman kegemilangan mereka.
Apabila pemimpin muda memberi pandangan mengenai gerak kerja terkini yang bersesuai dengan peredaran zaman dan kehendak semasa, ada waktu sukar dilaksanakan.
Keadaan ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dalam mana-mana kumpulan, tempat kerja mahu pun organisasi politik yang menjadi teras perjuangan dan penyatuan rakyat.
Namun apabila nilai positif dimusnahkan oleh orang-orang lama yang ada ego tersendiri, tanggungjawab pemimpin muda ternyata sangat besar, mencabar dan berisiko.
Sama seperti yang terjadi kepada Pengerusi Srikandi Muda Negeri Johor dan Bahagian Johor Bahru, Nur Najihah Abdul Halim apabila terpaksa memuat naik status yang sangat menduka citakan menerusi laman Facebooknya.
Ujar Nur Najihah, dia tidak lagi dapat meneruskan tanggungjawabnya sebagai Pengerusi Srikandi Muda Johor berkuatkuasa hari ini iaitu 16 Mei 2021.
Menerusi penulisannya, Nur Najihah akan ditukarkan daripada Pengerusi Srikandi Muda Negeri Johor kepada Biro Kesenian dan Kebudayaan Negeri Johor untuk penstrukturan semula Srikandi Muda Johor.
Namun Nur Najihah berpendapat tawaran pertukaran jawatan itu melibatkan wujudnya rasa ketidakpercayaan dari pihak kepimpinan tertinggi Srikandi Johor kepadanya selaku Pengerusi Srikandi Muda Johor.
Berikut adalah status penuh yang ditulis oleh Nur Najihah :
Berdasarkan penulisan ini, jelas menunjukkan Nur Najihah tidak mudah tunduk kepada sistem lama yang sudah berakar umbi dalam kebanyakan parti politik iaitu sikap ‘Yes Man’.
Bagi penulis, ia adalah satu penyakit sosial yang menyebabkan generasi muda hari ini khususnya hilang kepercayaan kepada parti politik sedia ada.
Sehubungan itu, memang perlu ada suara daripada pemimpin muda untuk ketengahkan isu ini agar ia diketahui oleh kepimpinan yang tertinggi.
Jika akar umbi pun hilang rasa percaya atas kredibiliti yang dipamerkan, bagaimana mahu menyemai rasa cinta daripada orang awam yang bukan ahlinya? SM
Jangan benar lapangan terbang Subang diambil alih, kata MAHB