Kerajaan mesti kawal pembelian vaksin – Pakar

 

 

Agensi Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan memberi kelulusan bersyarat kepada vaksin Pfizer BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca.

PETALING JAYA: Seorang juruperunding dan penganalisis dasar kesihatan berkata, beliau menolak rancangan kerajaan negeri atau entiti swasta membeli dan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada orang ramai.

Dr Chan Chee Khoon.

Dr Chan Chee Khoon daripada kumpulan Citizen Health’s Initiative dan People’s Health Forum berkata, perkara itu mesti diurus oleh kerajaan persekutuan melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sekarang.

“Saya membantah keras kemungkinan syarikat swasta atau kerajaan negeri memperoleh sendiri vaksin daripada pengeluarnya. Dalam isu entiti swasta memberi suntikan vaksin, ia boleh membuka pintu kepada orang ramai untuk memintas giliran,” katanya.

Chan berkata, pengagihan vaksin merupakan permainan yang tidak berkesudahan kerana lebih banyak kuota vaksin negara diambil oleh sektor swasta, maka semakin kurang pula bekalan untuk sektor awam, melainkan sektor swasta turut dimasukkan ke dalam program imunisasi,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing baru-baru ini meminta Putrajaya membenarkan kerajaan negeri dan juga entiti persendirian membeli sendiri bekalan vaksin.

Beliau berkata, pemberian bekalan vaksin PICK kepada Sarawak “kurang pantas” bagi mencapai imuniti kelompok dalam kalangan rakyat negeri itu.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii berkata, beliau menyokong rancangan kerajaan negeri untuk membeli vaksin bagi mencapai imuniti kelompok rakyat di Sarawak.

Pejabat Al-Jazeera dan AP di Gaza runtuh dibedil Israel

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii.

“Saya difahamkan Kementerian Kesihatan (KKM) tidak membantah rancangan pembelian vaksin oleh kerajaan negeri. Tanggungjawabnya kini terletak pada mereka (kerajaan negeri) sama ada boleh membeli vaksin kerana pengeluar mempunyai stok terhad untuk dibekalkan ke seluruh dunia,” katanya.

Kepada persoalan sama ada kerajaan negeri atau pertubuhan boleh memilih jenama vaksin yang lain, Yii berkata, ia masih tertakluk kepada kelulusan Agensi Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA).

Pada masa ini NPRA memberi kelulusan bersyarat kepada vaksin Pfizer BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca untuk diberikan kepada orang ramai.

Yii berkata, NPRA harus memeriksa data mengenai vaksin yang digunakan di negara lain dan memberikan kelulusan sewajarnya bagi membolehkan vaksin berkenaan dimasukkan ke dalam rancangan imunisasi kebangsaan.

Pengeluar vaksin lain termasuklah Sputnik, Moderna, Novavax, Johnson & Johnson, CanSinoBIO dan Sinopharm.

Vaksin Sputnik yang dihasilkan di Rusia masih menunggu kelulusan NPRA.

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Dengan segala kelonggaran, sebenarnya kita buat PKP ini untuk apa? – Najib Razak

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker