China gesa gencatan senjata tamatkan konflik Israel-Palestin
BEIJING – China berpendirian gencatan senjata adalah kaedah yang sangat diperlukan bagi menghentikan keganasan ke atas penduduk Palestin sambil menegaskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertanggungjawab meredakan ketegangan.
Menteri Luar, Wang Yi menyuarakan pendirian China itu berhubung konflik Palestin-Israel dalam perbincangan menerusi telefon dengan Menteri Luar Pakistan, Shah Mahmood pada Sabtu.
Katanya, konfrontasi itu berulang kali tercetus apabila konflik tidak dapat diselesaikan secara adil sehingga proses damai Timur Tengah terbabas dari landasan asal. Selain itu, resolusi Majlis Keselamatan PBB juga gagal dilaksanakan dengan berkesan.
Menurut Wang, selaku pengerusi bergilir Majlis Keselamatan PBB untuk Mei, China dua kali merintis usaha untuk mengadakan rundingan kecemasan mengenai konflik Palestin-Israel, namun tiada kesepakatan dicapai
China menggesa semua anggota Majlis Keselamatan PBB untuk menggalas tanggungjawab yang sepatutnya dan menyumbang secara praktikal terhadap usaha memelihara keamanan dan keselamatan serantau.
Sementara itu, Wang Yi menegaskan, pelaksanaan penyelesaian dua negara merupakan kaedah muktamad bagi penyelesaian isu Palestin.
Justeru, China akan mempengerusikan debat terbuka mengenai konflik Palestin-Israel di Majlis Keselamatan PBB dan berharap semua pihak mencapai konsensus mengenai isu ini.
Selain menyokong teguh perjuangan rakyat Palestin dalam usaha mendapatkan hak mereka yang sah, China menyarankan penyelesaian isu itu dibuat secara adil melalui dialog politik, dan PBB, Liga Arab serta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu memainkan peranan bersifat membina dalam penyelesaian isu itu. – Bernama
Baca Artikel Menarik
- ‘Hari Nakbah Palestin’ – Malapetaka Besar Buat Umat Islam
- Resepi Grill Salmon Bersama Sos Putih
- Seleweng dana Aid4Palestine: Buat laporan jika ada bukti saya , kata anak Hadi
- Resepi Ikan Salmon Grill Lemon Butter Sauce
- Media negara asing sudah mula cari pasal dengan Malaysia – Najib
Layari Laman Facebook My KMU NeT
Dengan segala kelonggaran, sebenarnya kita buat PKP ini untuk apa? – Najib Razak