Che Ta dah sedia 20 pasang baju raya, tapi PKP pula…
Che Ta dah sedia 20 pasang baju raya, tapi PKP pula.
Kuala Lumpur: Pelakon popular Rozita Che Wan tetap tampil meriah pada sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini dengan menyediakan 20 pasang baju raya biarpun diraikan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata, dia sempat mengadakan sesi fotografi raya bersama keluarga dengan kesemua persalinan itu pada 5 Mei lalu.
“Baju memang sudah disediakan sebelum kerajaan umumkan PKP 3.0. Ada beberapa pasang baju dari tahun lepas yang tidak pakai sebab PKP 1.0. Jadi, memang banyak sampai 20 pasang.
‘Tapi itulah, apabila kerajaan kata tak boleh ada aktiviti ziarah pada raya ini, kita duduk rumah saja lah. Pakai lawa lawa pun pusing dalam rumah saja.
“Mujur saya sudah siap buat sesi fotografi untuk 15 pasang. Jadi, sepanjang raya ini bolehlah saya muat naik di IG,” katanya kepada Harian Metro.
Che Ta juga suami kepada pelakon, Zain Saidin berkata suaminya banyak nasihat dan memberi peringatan untuk sentiasa duduk di rumah.
“Apabila kerajaan umum PKP dan sambutan raya hanya membabitkan keluarga dalam rumah saja, dia sudah pesan supaya jangan keluar ke mana-mana. Duduk saja di rumah. Dia jenis yang tidak suka menimbulkan masalah.
“Jadi, dari raya pertama sampai hari ini aktiviti kami sekeluarga bangun tidur, masak, makan, tidur dan seterusnya. Kalau pujuk suami nak keluar pun dia akan berleter. Jadi, sebelum dia bising baik duduk diam-diam di rumah sampailah kerajaan kata boleh beraya dan berziarah,” katanya.
Baca Artikel Menarik
- Cari pasal, Aliff Syukri pukul Ac Miza
- Resepi Rendang Daging Sedap Giler
- Chong Wei sayu lihat ‘bibik’ menangis
- Resepi Mee Bandung Sempoi
- Resepi Kek Marble Lembap
Layari Laman Facebook My KMU NeT
Tak Payah, Kau Melawa La Kat Rumah, – Che Ta Bidas Komen Netizen