Tak Payah, Kau Melawa La Kat Rumah, – Che Ta Bidas Komen Netizen


Pelakon Rozita Che Wan tampil meneg4skan dia menerima apa sahaja watak yang diberikan bersesuaian dengan dirinya, dan bukan hanya berpandukan paras rupa.

Menerusi segmen video Lanchang Bethol di laman Facebook Astro Gempak, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berpendapat ada segelintir wargamaya lebih gemar memberikan komen yang negatif terhadap industri drama di Malaysia.

“Saya rasa orang yang cakap macam tu yang tak pernah tengok drama-drama Melayu.

Diorang semua kekwat taknak tengok drama kat Malaysia ni tapi kau pandai nak melancang pasal artis. “Saya nak dekat 15 tahun dalam industri ni, sejak saya buat Kiah Pekasam orang asyik bagi kat saya watak yang cantik.

“Realitinya Rozita Che Wan memang macam apa yang anda tengok sekarang tapi bila saya berlakon, saya bergantung pada karakter.

Siapa kata saya nak watak cantik je? Kalau kau nak berlakon cerita yang cantik je, tak payah, kau melawa je kat rumah,” ujarnya ketika ditemubual.

Malah, Che Ta sudah penat apabila ada wargamaya yang masih mempertik4ikan pemakaian bulu mata palsu dalam sesebuah drama.

“Mungkin saya cantik, lebih cantik pakai bulu mata tapi tak buruk tak pakai bulu mata. So? Kalau orang terkejut ke patutlah dia nak pakai bulu mata, mata kau ke?

“Tapi lagi penting bila saya letak bulu mata palsu tu, saya lagi wow daripada korang yang kononnya icing icing natural beauty tu,” balas Che Ta lagi.

Hari Lahir Ke-48 Tahun, Rozita Che Wan Sambut Dengan Kuliah Dhuha Bersama Ustaz Syamsul Debat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker