Netizen Kaitkan IbuBapa Bekas Suami Zarina Anjoulie
Zarina Anjoulie berkongsi cerita.
SELEPAS Zarina Anjoulie berkongsi cerita ‘dalam kain’ mengenai keretakan rumah tangganya dengan Eilyas Azhar, bekas suami kepada aktres itu mendedahkan dia menerima kecaman daripada netizen di laman sosial.
Eilyas atau lebih dikenali sebagai Yas berkongsi paparan skrin mesej daripada netizen menyerangnya dengan mendakwa dia seorang lelaki tidak berguna.
Malah, individu tersebut juga melibatkan ibu bapa Eilyas yang dianggap tidak memberi didikan yang baik biarpun mempunyai latar belakang keluarga alim
“Jadilah lelaki yang berguna sikit jantan oi. Dah kikis orang punya duit lepas itu blah. Bapa jantan tak guna! Mak bapa warak tapi anaknya Subhanaallah. Tak didik jadi lelaki yang bagus.
“Buat malu la kau ini. Kerja nak tumpang glamor saja eh. Kau sedar diri kau itu sikit. Jantan macam kau ini bersepah dekat tepi lorong! Tak guna punya lelaki.
“Perangai macam musibat. Belajar la jadi yang berguna sikit. Ni asyik nak berom** saja. Lepas itu blah. Buat malu jantan,” kata individu tersebut.
Sebelum itu, Zarina mengesahkan ikatan perkahwinan dengan bekas suami berakhir selepas Eilyas melafazkan cerai itu di laman sosial miliknya, baru-baru ini.
Eilyas selepas itu meluahkan rasa kesal dengan tindakan aktres itu yang mendakwa dia hanya mengharapkan duit bekas isterinya sepanjang mereka berkahwin.
Kesal dengan dakwaan tersebut, Eilyas menganggap tindakan Zarina berkongsi perihal rumah tangga mereka itu sekadar meraih perhatian masyarakat selain bertujuan mencemarkan maruahnya sebagai suami.
Dalam pada itu, Eilyas menerusi kapsyen di perkongsian paparan skrin mesej tersebut berkata tuduhan individu tersebut seakan-akan mengetahui segala masalah dalam rumah tangganya dengan Zarina.
“Bahasa pun. Macam duduk sebumbung borak. Pernah tidur sekatil dengan kitorang? Cakap macam malaikat yang sentiasa duduk kat bahu tu sentiasa catit. Aku picit anak tekak kau tau la,” tulis Yas.
Untuk rekod, ini merupakan pengumuman penceraian kali kedua dengan Eilyas kerana pada 27 Januari lalu, Zarina pernah memaklumkan perkahwinan mereka sudah berakhir selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.
Eilyas mendirikan rumah tangga dengan Zarina pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.
Zarina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016.-mSTAR
Zarina Anjoulie berkongsi cerita.
Baca Artikel Menarik
- Resepi Terung Goreng Berlada Sedap
- Cari pasal, Aliff Syukri pukul Ac Miza
- Resepi Kek Marble Lembap
- Uqasha Dan Kamal Sudah Bernikah!
- Resepi Puding Agar Agar Karamel TanpaTelur
- Resepi Rendang Daging Hari Raya
Layari Laman Facebook My KMU NeT
[VIDEO] “Pada Betina Yang Sibuk Puji Sangat Ex Aku Tu Ha Ambik La Nok …” – Zarina Anjoulie
You must be logged in to post a comment.