[VIDEO] Baju Melayu Berseluar Pendek

Baju Melayu Berseluar Pendek bukan kaum yang meraikan sesuatu perayaan itu sahaja yang boleh mengikuti tradisi budaya masing-masing.

Hidup dalam masyarakat berbilang bangsa bermakna semua kaum dapat berkongsi kemeriahan sambutan hari perayaan seperti menghadiri rumah terbuka, menikmati juadah tradisi masing-masing dan menggayakan pakaian kebudayaan untuk menunjukkan tanda hormat serta sokongan.

Perayaan yang kita raikan tentunya menjadi lebih meriah jika kaum lain turut bersemangat memakai pakaian tradisional kita ketika hari istimewa itu.

Begitu juga yang ditunjukkan oleh seorang lelaki Cina ini apabila dia cuba berpuasa ketika bulan Ramadan.

Walaupun percubaan pengguna TikTok atas nama Bapaydence itu gagal beberapa kali di mana dia sebelum ini hanya berjaya puasa setengah hari dan pernah juga pengsan, salah satu video yang dikongsikannya menunjukkan dia berjaya juga akhirnya bertahan hingga ke waktu berbuka sementara menetap di hotel.

Apabila bapa tersebut turun ke restoran untuk berbuka puasa, dia mengenakan baju Melayu yang sama padan dengan anak lelakinya.

Namun lelaki berkenaan bertindak memadankan baju Melayunya itu dengan sepasang seluar pendek.

Selain ditegur pengikutnya, lelaki berkenaannya juga ditegur oleh seorang pakcik di hotel tersebut yang datang ke mejanya untuk memberi tahu bahawa cara dia memakai baju Melayu adalah salah.

Baju Melayu Berseluar Pendek

LIHAT VIDEO DIBAWAH:-

[videopress Uy5DwXeB]

Lelaki berkenaan menerima teguran itu dengan baik dan mengucapkan terima kasih kepada pakcik berkenaan, sekali gus membuat netizen kagum dengan sikapnya itu.

”Respect pada uncle yang tegur…”

“Supaya adat pakaian raya melayu terjaga…”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Baju Melayu Berseluar Pendek


 

Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Video perkahwinan menjadi viral di Tik Tok dengan lebih sejuta tontonan (VIDEO)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker