Mayat Mangsa Covid-19 Dah Setahun Masih Dalam Treler
New York: Mayat mangsa Covid-19 dari New York City ketika kemuncak penularan pandemik itu pada tahun lalu masih disimpan rapi di dalam treler yang ditukar menjadi bilik mayat sementara.
CNN melaporkan bilik mayat sementara di Terminal Laut Brooklyn Selatan itu menampung 750 mayat namun bukan semuanya mangsa Covid-19.
Bilik mayat sementara itu menunjukkan kadar kematian tinggi akibat Covid-19 di hospital, rumah mayat dan rumah pengebumian pada musim bunga lalu.
“Ruang simpanan jangka panjang diwujudkan ketika wabak memuncak untuk memastikan waris atau keluarga mempunyai tempat menyimpan insan yang mereka sayangi,” kata Mark Desire, jurucakap Pejabat Ketua Pemeriksa Perubatan.
Pada akhir Mac tahun lalu treler itu juga berfungsi sebagai bilik mayat sementara di luar hospital bandar ketika jumlah kematian yang meningkat.
Kali terakhir New York menggunakan langkah drastik seperti itu adalah selepas insiden serangan pengganas pada 11 September 2001.
Desire memaklumkan pejabat pemeriksa perubatan membantu keluarga dalam mengatur ‘tempat rehat’ terakhir bagi si mati.
“Atas rasa belas kasihan dan kepekaan, kami terus berhubung dengan keluarga si mati berdasarkan setiap kes selama tempoh mereka berkabung,” katanya
mayat mangsa covid-19
Baca Artikel Menarik
You must be logged in to post a comment.