‘Anak Tak Nak Jaga, Biarlah Kami Jaga Makcik Zahrah’

“Biarlah kami menjaga Makcik Zahrah. Tak nak jaga tak apa. Jangan fitnah beliau. Makcik Zahrah bukan orang senang. Beliau hidup dengan sumbangan Baitulmal.”

Demikian luahan wakil Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas dekat sini bagi memberi maklum balas kenyataan seorang wanita dipercayai menantu kepada Zahrah Ahmad, 83 tahun, yang menyangkal dakwaan dia dibuang sembilan anaknya sebaliknya mendedahkan ibu mentuanya mengabaikan anaknya sejak kecil dan sering menghina anak-anak terutama suaminya kerana orang miskin.

Menafikan kenyataan wanita terbabit, rumah jagaan memberitahu kepada umum, apa yang dinyatakan oleh wanita terbabit didakwa adalah fitnah.

Ibu Menangis Dibuang 9 Anak, Tapi Menantu Dedah Cerita Sebenar…

Pihaknya juga memberitahu sudah menjadi kelaziman setiap kali pihak media mendedahkan kisah pilu warga emas di bawah jagaan mereka, pasti akan tampil anak, menantu mahupun cucu memberi respon berhubung pendedahan terbabit.

“Nasihat kami, jangan kita respon dengan membuka aib mak ayah kita di sosial media. Menceritakan kisah silam mak ayah kita di media sosial tidak menjadikan kita lebih baik di pandangan mata orang lain.

“Jika tiada sesiapa yang mampu menjaga beliau, tak mengapa. Biarlah kami ambil tanggungjawab ini. Insya-ALLAH selagi berkemampuan kami akan menjaga beliau sebaiknya,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Tangkap layar kenyataan Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas menyangkal dakwaan seorang wanita dipercayai menantu Zahrah yang menafikan bukan anak-anak mengabaikan ibu mereka sebaliknya warga emas itu yang terlebih dahulu ‘membuang’ anak-anaknya.

Tambahnya turut menekankan bahawa tanpa insan bergelar ibu, seorang anak tidak akan lahir ke dunia ini dan syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

“Seburuk mana mak ayah kita, tanpa mereka kita tak kenal dunia. Biarlah ALLAH yang mengadilinya, kita semua tak layak nak menyalahkan mana-mana pihak.

“Bukan hak kita nak salahkan anak atau ibu atas perkara yang telah berlaku. Cuma nak ingatkan sedikit. Besar jasa ibu mengandung dan melahirkan kita. Doakan urusan kami dipermudahkan,” katanya juga menegaskan tindakan menuding jari kepada mana-mana pihak tidak akan menyelesaikan masalah yang berlaku.

Pada Ahad, kisah pilu Zahrah didedahkan di sebuah televisyen swasta di mana dirinya dibuang sembilan anak-anaknya dan diabaikan selepas suaminya meninggal dunia pada tiga tahun lalu.

Lebih kecewa, setelah dia dirawat di hospital, tiada seorang pun anaknya yang mahu menuntut sebagai warisnya hingga memaksa pihak kebajikan hospital menghantar Zahrah ke rumah jagaan orang tua tersebut-SH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker