Perlantikan Guan Eng dipertikai akar umbi, Loke pertahan keputusan kerana kenang jasa

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook mempertahankan keputusan parti itu untuk tetap mencalonkan Lim Guan Eng bagi mempertahankan kerusi DUN Air Putih di Pulau Pinang, dalam PRN kali ini.

Loke berkata pencalonan semula Lim untuk kerusi DUN terbabit dibuat berdasarkan sumbangan bekas ketua menteri itu sebelum ini, terutama ketika pengerusi DAP itu menjadi ketua menteri pada 2008 hingga 2018.

Menurut Loke, pencapaian itu membuktikan dia layak dan pengundi menghargai sumbangannya itu.

“Lim menjadi ketua menteri selama dua penggal selepas memainkan peranan penting dalam membantu parti (dan sekutunya) menawan Pulau Pinang pada PRU 2008.

“Banyak perubahan telah dibuat semasa pentadbiran dia dan saya pasti pengundi pada umumnya akan menghargai sumbangannya,” kata Loke kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MRT Corp dan MTR Corporation Hong Kong, hari ini.

Loke berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada pencalonan Lim sebagai calon dalam PRN kali ini akan menjejaskan peluang DAP.

Terdahulu, sejumlah pihak dalam DAP tidak berpuas hati selepas lima exco Pulau Pinang digugurkan daripada mempertahankan kerusi masing-masing dalam PRN kali ini, sementara Lim pula dikekalkan.

Mereka adalah P Ramasamy, Chong Eng, Phee Boon Poh, Soon Lip Chee dan Yeoh Soon Hin.

Dua hari lalu, Loke berkata keputusan itu dibuat sebagai usaha untuk meremajakan DAP dan memberi peluang kepada muka baru untuk membawa nafas baru kepada parti itu, yang sudah tiga penggal mentadbir Pulau Pinang.

Hari ini, Ahli Jawatankuasa Pemuda DAP Pulau Pinang M Kogilan mempersoalkan pencalonan Lim yang menurutnya juga adalah “orang lama”.

Sementara itu, Loke menolak dakwaan P Ramasamy bahawa DAP kini tidak lagi sama dengan parti yang disertainya hampir dua dekad lalu.

“Kita adalah sebahagian daripada kerajaan persekutuan sekarang dan apa yang penting adalah untuk menyediakan kestabilan dan memastikan negara boleh maju.

“Parti tidak pernah mengubah matlamat dan objektifnya. Semua orang dalam parti, termasuk Adun dan ahli parlimen, bekerja keras ke arah itu,” katanya lagi.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker