Siapa calon PM dari UMNO?

Siapa calon PM dari UMNO?

PETALING JAYA : Siapa calon PM dari UMNO?  Beberapa pimpinan UMNO mempersoal siapa calon yang layak untuk diangkat sebagai Perdana Menteri daripada parti itu jika memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Menurut mereka yang enggan didedahkan namanya, UMNO harus berfikir adakah Presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi layak untuk memegang jawatan tersebut.

Jika tidak, pembaharuan dalam barisan kepimpinan harus diadakan dengan segera.



“Kalau Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dah buka pintu untuk pegang jawatan tertinggi sekalipun, siapa calon Perdana Menteri yang layak dari UMNO? Ini persoalan utama yang masih lagi tidak ada jawapan sehingga hari ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Rosol Wahid menjelaskan Bersatu bersedia untuk memberi jawatan Perdana Menteri kepada UMNO sekiranya perkara itu mampu menyatupadukan mereka pada PRU nanti.

Ini kerana menurut Rosol, bukan jawatan yang mereka kejar, tetapi perpaduan bangsa adalah lebih penting untuk menjadi asas kekuatan dalam perpaduan yang ingin dibina pada PRU-15.

“Kita memang tak ada masalah, itu perkara kecil dan kita boleh bincang. Tan Sri Muhyiddin pun bukan jawatan yang beliau mahu sebab matlamat kita adalah perpaduan,” kata Rosol sebelum ini.



Ahmad Zahid yang kini memegang jawatan Presiden parti dilihat seolah-olah cuba menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan pada Jun 2021.


Artikel Berkaitan :

 

Layari FB MYKMU


 



Presiden MIC Tanya UMNO Siapa Kapten dan Calon PM Kita?

Ini kerana dalam pemilihan yang diadakan kali ini, jawatan yang disandang Ahmad Zahid itu bakal menjadi rebutan beberapa pimpinan lain.

Antaranya, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Khairy Jamaluddin.



Bagaimanapun, pembaharuan dalam barisan kepimpinan masih tidak boleh dibuat sekiranya Ahmad Zahid masih ingin mengekalkan kuasa sehingga pemilihan diadakan.

Susulan daripada itu, Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad turut menyifatkan UMNO tidak boleh lagi mengamalkan tradisi kelaziman mengangkat Presiden parti sebagai calon perdana menteri.

Katanya, konsep  one man show atau seorang tokoh sahaja bertindak sebagai dominan dan menguasai segala-galanya perlu diubah sejajar dengan perubahan politik yang berlaku ketika ini.Kata Shahrir lagi, tambahan sehingga hari ini keputusan untuk mengangkat calon perdana menteri daripada UMNO masih ‘kabur’ dan tidak ada di kalangan pucuk pimpinan sedia ada yang dilihat mempunyai kelayakan serta berkemampuan menggalas tanggungjawab itu.

 



Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker