Israel rempuh Masjid Al-Aqsa, lebih 170 jemaah Islam cedera
LEBIH dari 170 jemaah Palestin cedera dalam pertempuran dengan polis Israel di Masjid Al-Aqsa dan tempat lain di Baitulmuqqadis Timur yang dijajah ketika ketegangan selama beberapa minggu antara Israel dan Palestin di wilayah itu meningkat.
Pada awal Jumaat terakhir Ramadan, puluhan ribu jamaah Palestin berkumpul melakukan demonstrasi untuk menyokong rakyat Palestin yang menghadapi pengusiran dari rumah mereka di tanah yang diduduki Israel yang dituntut oleh peneroka Yahudi.
Selama seminggu lalu, penduduk Sheikh Jarrah, serta aktivis solidariti Palestin dan antarabangsa berhimpun pada waktu malam untuk menyokong keluarga Palestin yang terancam dengan pengusiran daripada rumah mereka.
Polis dan askar Israel telah menyerang para penunjuk perasaan menggunakan pancutan air, gas pemedih mata, peluru bersalut getah dan bom asap sejak beberapa hari lalu. Puluhan rakyat Palestin telah ditangkap.
Amerika Syarikat (AS) menggesa ketegangan diredakan dan berkata, ancaman pengusiran itu akan memburukkan lagi situasi di Baitulmaqdis, susulan amaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung pengusiran secara paksa itu akan membawa kepada ‘jenayah perang’.
Pergolakan pada Jumaat itu berlaku pada Hari Al-Quds, hari tahunan demonstrasi pro Palestin yang diadakan Iran, musuh utama Israel, yang turut menyaksikan ribuan perarakan di negara majoriti umat Islam di rantau ini sehingga ke Pakistan.
Presiden Palestin, Mahmud Abbas berkata, beliau menganggap kerajaan Israel ‘bertanggungjawab’ terhadap rusuhan berkenaan dan menyuarakan ‘sokongan penuh untuk pejuang di Aqsa’. SM
You must be logged in to post a comment.