Rujuk Siapa Dapat Pahala Berganda Atas Salah Sendiri – Ustaz Mana? Ridhuan Tee Abdullah Tanya..
Rujuk Siapa Dapat Pahala Berganda Atas Salah Sendiri – Ustaz Mana? Ridhuan Tee Abdullah Tanya. Pendakwah bebas, Mohd. Ridhuan Tee Abdullah membidas kenyataan seorang selebriti yang dikatakan dapat mengumpul pahala berganda-ganda pada 10 malam terakhir ekoran daripada masalah yang diciptanya sendiri.
Menerusi satu perkongsian di Facebook miliknya, beliau menyatakan, ustaz mana yang dirujuk oleh artis itu, dan diminta untuk berikan namanya kepada dia untuk bertanya lanjut.
Rujuk Siapa Dapat Pahala
“Sendiri yang buat hal, sendiri pula mengaku dapat mengaut pahala berganda-ganda, menggunakan nama ustaz. Budaya seperti ini perlu dihentikan, memetik nama agamawan untuk lindungi diri ini tidak berapa elok.
“Dugaan yang dicipta sendiri, berbeza dengan dugaan sebenar. Hanya Tuhan yang tahu, orang beranak juga, tetapi tidak seriuh ini,” katanya.
Jelasnya lagi, bagi mengelak kemudaratan, individu boleh memilih untuk tidak menghadiri jemputan.
“Isu nak menghadiri undangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara memenuhi jemputan atau tidak. Jika banyak yang memudaratkan maka, boleh sahaja tidak hadir.
“Bayangkan dengan kehadiran sedemikian boleh memberikan mudarat kepada orang lain. Siapa yang akan dipersalahkan nanti?,” ujarnya.
Pendakwah bebas itu menegaskan, agar hentikan budaya mencari publisiti serta tidak semua perkara perlu ditunjuk atau dihebahkan kepada orang ramai.
Setakat pukul 3 petang hari ini, hantaran tersebut mendapat 204 komen dan 600 perkongsian daripada pengguna Facebook.
Baca Artikel Berkaitan :
- Pertikai silibus Sejarah: Ridhuan Tee cabar Dong Jiao Zong berdebat
- Mengapa tak ternak khinzir di kawasan pemakan babi? – Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
- Bilangan kuil dengan jumlah penduduk sangat tak wajar – Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Kunjungi kami Di FB MYKMU
Kabinet larang warga Itali, Iran, Korea Selatan masuk Malaysia
You must be logged in to post a comment.