Resepi Kuih Talam Keladi Berlauk
Resepi Kuih Talam Keladi Berlauk. Talam keladi berlauk ini kita gunakan resepi Chef Hanieliza, tetapi dengan beberapa olahan dibahagian lauknya kerana kita lebih gemar cara Chinese yang banyak meletakkan udang kering goreng yang dikisar halus, kacang tumbuk, bijan dan titisan minyak bijan.
Sajian sesuai buat sarapan pagi atau pun minum petang. Sedap dihidangkan bersama Cili sos
Bahan-bahan: Resepi Kuih Talam Keladi Berlauk
Bahan A
2 cawan tepung beras
tepung ubi 2 sudu besar
2 sudu besar tepung gandum
6 cawan santan [1 biji kelapa]
1sudu kecil garam
Bahan B
2 cawan ubi keladi [potong dadu, rebus dan toskan]
2 sudu besar udang kering
4 tangkai cili merah [cincang]
1 pokok daun bawang ]
1 pokok daun sup ] racik
2 sudu besar bawang goreng
Bahan C [hiasan]
3 tangkai cili merah [cincang]n dingr
1/2 cawan bawang goreng
2 sdb kacang tumbuk
1 sdb disangrai dahulu
2 sdb udang goreng digoreng gareng dan dikiar halus
1 pokok daun sup dan daun bawang [racik]
titisan minyak bijan
Cara Menyediakannya Resepi Kuih Talam Keladi Berlauk
Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 10 x 10 inci.
Campurkan semua bahan A dan tapiskan dalam mangkuk.
Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata.
Masak atas api sehingga naik wap
Tuangkan adunan perlahan-lahan dalam loyang yg telah diletakkan dalam kukusan.
Kukuskan adunan selama 30 min Bila dah masak sejukkan beberapa jam.
Potong kueh dan taburkan bahan hiasan.
Hidangkan.
Banyak lagi Resepi disini
Like FB MyKMU disini
Resepi Kuih Tepung Bungkus Kampung Homemade
You must be logged in to post a comment.