Resepi Kuih Tepung Bungkus Kampung Homemade

Resepi Kuih Tepung Bungkus Kampung Homemade
Resepi Kuih Tepung Bungkus Kampung Homemade Sedap

Kuih Tepung Bungkus ni memang sedap dan disukai ramai. Kalau di bandar, agak susah nak jumpa peniaga yang jual kuih ni. Kalau ada, mungkin kurang kena dengan selera. Jadi kalau nak cuba buat sendiri kuih yang ada rasa ‘kampung‘, resipi perkongsian saudari Norfazleen Azliana ni antara yang terbaik. Mudah rupanya nak buat kuih ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESIPI KUIH TEPUNG BUNGKUS

BAHAN TEPUNG:

3 cawan santan pekat
Sedikit gara,
2 cawan tepung beras

CARA MEMASAK:

Masukkan santan dan garam ke dalam kuali. Kacau sebati tanpa api.

Masukkan tepung beras. Kacau sampai sebati dan tidak berketul.

Buka api sederhana dan masak bancuhan tepung dan santan tadi. Kacau hingga mendapat tekstur berketul sebegini.

Untuk membuat tepung bungkus, sudukan adunan tepung ke atas daun pisang. Lubangkan sedikit untuk letak inti. Sudukan inti kelapa secukupnya.

Bungkus dengan kemas dan sedia untuk dikukus selama 20 minit.

BAHAN INTI KELAPA:

1 biji kelapa – ambil bahagian putih sahaja
1 keping gula kerek / gula melaka/nisan/manisan
2 cawan air
3 sudu makan gula
Gula merah secukupnya – ikut citarasa. Tujuan untuk dapatkan warna inti yang cantik.
2 sudu teh tepung pulut
Daun pandan secukupnya

CARA MEMASAK:

Masak air bersama gula kerek, gula makan dan gula merah. Masukkan daun pandan dan kacau hingga gula larut.

Kemudian masukkan tepung. Masak lagi hingga inti kering.

Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam adunan kuih.

INFO: Jika suka, inti boleh dibulatkan dan golekkan ke dalam tepung pulut sebelum dimasukkan ke dalam adunan kuih.

Ia bertujuan untuk hasilkan kuih tepung bungkus yang cantik.

Kredit resipi & foto: Norfazleen Azliana

Banyak lagi Resepi disini

Like FB MyKMU disini

https://mykmu.net/2021/05/03/resepi-tepung-talam-gula-merah-manis-dan-berlemak/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker