Ketua Pemuda Bersatu Kelantan meninggal dunia

Ketua Pemuda Bersatu Kelantan meninggal dunia

Ketua Pemuda Bersatu Kelantan Muhammad Amiin Ridhuwan Ab Aziz meninggal dunia. Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Kelantan Datuk Muhammad Amiin Ridhuwan Ab Aziz, 36, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, kira-kira 6 pagi tadi.

Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar Armada Kelantan Che Isham Sharudin Che Hamat Nordin ketika dihubungi Bernama.

“Allahyarham difahamkan mengalami sakit dada dan rebah ketika sahur pagi tadi di kediamannya sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas. Allahyarham disahkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pasir Mas, buat masa ini jenazah arwah masih berada di hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Benta, Kampung Pohon Buluh, Pasir Mas selepas solat zuhur,” katanya.

‘Saya bukan nak tunjuk samseng’ – Lan Pet Pet

Mengulas lanjut, beliau berkata Muhammad Amiin Ridhuwan Ab Aziz Ketua Pemuda Bersatu Kelantan yang juga Ketua Armada Pasir Mas merupakan seorang ketua yang cukup komited dan berani mendepani isu rakyat sepanjang diberikan mandat memimpin Armada Kelantan sejak tahun lepas.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan insan soleh,” katanya sambil memberitahu Muhammad Amiin Ridhuwan meninggalkan dua balu dan lapan orang anak.

– Bernama

Baca : https://mykmu.net/2020/12/08/isu-perak-jangan-ghairah-tuding-jari-pada-umno-pemuda-umno/

Like FB MyKMU disini

Cadangan pinjaman rumah dua generasi tak masuk akal

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker