Air bacaan Yasin hilang barakahnya?

Hanya kerana anda lakukan perbuatan ini, Air bacaan Yasin hilang barakahnya?

Seakan sudah menjadi adat dan budaya dalam masyarakat Melayu, apabila menganjurkan majlis bacaan Yasin atau doa selamat secara berkumpulan, pastinya akan turut disediakan air mineral yang diletakkan di tengah-tengah bulatan jemaah.

Kononnya tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai minuman bagi memperoleh keberkatan yang tersendiri. Botol atau jag yang digunakan mestilah dalam keadaan terbuka penutupnya, supaya suara bacaan itu dapat terus sampai kepada air.

Amalan ini biasanya dilakukan ketika musim peperiksaan, di mana anak-anak yang ingin mengambil ujian peperiksaan, akan disuruh minum air tersebut, bagi memudahkan hafalan, menguatkan daya ingatan atau terbuka hati untuk menjawab peperiksaan dengan mudah.



Selesai sahaja bacaan, air tersebut akan diletakkan di tempat yang tinggi, sebagai menghormati kesucian air tersebut dan mengelakkan dari dilangkah oleh sesiapa. Anggapan mereka, apabila air tersebut telah dilangkah, maka kesucian, khasiat dan keberkatan yang ada pada air tersebut, akan hilang dengan sendirinya.

Persoalannya, adakah ia merupakan amalan yang dilakukan oleh Nabi, para sahabat dan tabi’ tabi’in atau ia hanyalah amalan yang sengaja diada-adakan? Benarkah air tersebut mempunyai khasiat tertentu dan keberkatannya akan hilang seandainya dilangkah?

Hanya kerana anda lakukan perbuatan ini, air bacaan Yasin hilang barakahnya?

Menurut Hashrul Niezam Abdul Haniff, pengajar di Sri Ayesha Islamic School, memang sudah menjadi satu amalan bagi orang Melayu, menyediakan air ketika majlis bacaan Yasin atau tahlil.

Anggapan mereka, apabila air tersebut telah dibacakan dengan ayat al-Quran, maka secara tidak langsung, air tersebut mempunyai khasiat dan kelebihan yang tersendiri, sama ada sebagai penawar penyakit, atau melembutkan hati dan melapangkan jiwa.



Mungkin mereka berpegang kepada ayat al-Quran dari surah al-Isra’: 82,

Dan kami turunkan daripada al-Quran itu suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, dan al-Quran tidaklah menambah kepada orang yang zalim selain kerugian.”

Sebenarnya, hukum asal membaca Yasin, sama ada secara berkumpulan atau individu, ia adalah harus, tanpa dikhususkan suatu masa atau tempat.

Baginda s.a.w. tidak pernah meletakkan bacaan Yasin untuk perkara yang tertentu. Apabila kita dengan sengaja mengkhususkan pada waktu tertentu, seperti hanya malam Jumaat sahaja, atau ketika hendak lulus peperiksaan maka ini jelas salah.



Najib ‘sekolahkan’ Wan Saiful

Apatah lagi mereka-reka dan menambah kelebihan tertentu, maka perbuatan ini jelas menyalahi kepada sunnah yang tidak juga mempunyai dalil yang jelas.

Menyediakan air sewaktu bacaan Yasin atau ayat al-Quran lain memang tidak terdapat di dalam amalan Baginda serta para sahabat. Tetapi menurut Ibnu Qayyim dalam kitabnya Azzadu Fi Raqiyah Min al-Ain, beliau pernah melihat di kalangan ulama salaf menulis ayat al-Quran dan kemudian meminumnya.



Kaedah ini dilakukan sebagai cara perubatan bagi menerangkan hati, menyembuhkan penyakit, dan menjadikan diri lebih fokus.

Ibnu Kathir dalam kitab tafsirnya juga ada menyentuh tentang bacaan ayat al-Quran terhadap air. Beliau berpendapat air yang dibacakan dengan ayat al-Quran, mampu menghilangkan rasa keraguan dan syak wasangka dalam dada, memberi petunjuk bagi hati, mencegah diri ke arah perbuatan maksiat dan perkara-perkara yang menyentuh tentang hati serta spiritual.

Akan tetapi itu hanya terjadi kepada orang yang beriman, dan menjadikan al-Quran sebagai pegangan hidup. Ini berdasarkan kepada surah al-Fushilat: 44

Katakanlah, al-Quran itu petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman.”



Bukan kunci untuk pandai 

Walaupun begitu ia tidak dapat mentashihkan bahawa, amalan meminum air hasil bacaan Yasin atau ayat al-Quran mampu menjadikan diri lebih pandai, berperibadi mulia, kuat hafalannya atau memperoleh hidayah Allah.

Jika benar sebagaimana yang didakwa, sudah tentu Baginda s.a.w. akan menyuruh para sahabat berbuat demikian, atau setidaknya memberi minum kepada musuh-musuhnya yang masih tidak memeluk Islam.

Di kalangan para sahabat ada juga yang tidak baik hafalan dan ingatannya, namun Baginda tidak menyuruh untuk minum air bacaan al-Quran. Tetapi Baginda menyuruh para sahabat yang lain membantu sahabat tersebut dengan menuliskan isi kandungan khutbah, supaya dapat dijadikan rujukan.



Ini jelas menunjukkan, air yang dibacakan dengan ayat al-Quran bukanlah satu usaha yang tepat dalam meraih kejayaan.

Begitu juga air yang diletakkan di tengah jemaah ketika bacaan Yasin sebagaimana amalan masyarakat Melayu kerana mengambil kira konsep air zamzam yang terletak berhampiran Kaabah. Mungkin ini juga kerana kedudukan telaga zamzam yang sentiasa diiringi dengan bacaan zikrullah, atau ayat al-Quran dari Masjidilharam.

Bukankah air zamzam ini mempunyai khasiat yang lebih baik dari air mineral biasa. Bahkan jika merujuk kajian yang pernah dilakukan di Bangladesh, air zamzam mampu mencegah penyakit gastrik kerana kandungan yang ada di dalamnya.

Disebabkan itu, air zamzam mempunyai kedudukan yang istimewa, dan mampu menyembuhkan penyakit. Nabi s.a.w. bersabda,

Sesungguhnya (air zamzam) itu diberkati. Ia merupakan makanan yang mengenyangkan.” – HR Muslim

https://mykmu.net/2021/05/05/cucukmyaz-kongsi-penerima-vaksin-astrazeneca/

Oleh kerana itulah, masyarakat Melayu telah mengambil konsep ini ketika membaca Yasin.

Molekul air yang dibaca ayat al-Quran membentuk seakan kristal

Malah kajian yang dilakukan oleh Professor Masaru Emoto berkaitan dengan molekul air, apabila dibacakan dengan perkataan yang baik, bentuk molekul air akan kelihatan seperti kristal yang bercahaya.

Sama sebagaimana jika kita bacakan dengan al-Quran, sudah pasti molekul air akan berubah bentuknya menjadi lebih cantik dan menarik, seperti berlian yang berkilau.

Apabila diminum, secara tidak langsung struktur molekul air dalam badan akan membentuk susunan yang lebih teratur. Mungkin ini yang menjadi daya penyembuh dalam diri, sebagaimana yang difikirkan.

Dilarang kerana  ia makanan

Tetapi untuk menyatakan air bacaan al-Quran mempunyai kuasa magis, dan terlalu bergantung padanya, adalah keterlaluan sama sekali. Secara khususnya, ia bukan menjadi amalan Baginda, dan juga para sahabat.

Sebagai orang Islam, kita perlu berhati-hati supaya ia tidak menjadi kepercayaan hingga merosakkan akidah.

Di kalangan masyarakat Melayu juga percaya, air yang telah dibacakan dengan ayat al-Quran, tidak boleh dilangkah bagi menjaga kesucian dan keberkatannya. Bagi mereka, sesuatu yang berkait rapat dengan al-Quran perlu dihormati dan dijaga dengan sebaiknya.

Dalam isu ini, suka saya membawakan ungkapan daripada Imam Nawawi dalam kitabnya Rhaudhotut Tholibin katanya,

Jika sesuatu benda ditulis dengan ayat al-Quran, bukan untuk tujuan belajar seperti duit, cap mohor, surat atau sebagainya, maka boleh untuk benda tersebut tidak dihormati, seperti dilangkah, dipijak, didudukkan atau lainnya.”

Sedangkan sesuatu yang ketara penulisan al-Qurannya boleh tidak dihormati, apatah lagi yang hanya dibacakan. Sudah tentu boleh dilangkah.

Contohnya air tersebut digunakan untuk menyiram mayat atau kuburan sepertimana yang dikatakan oleh Mujahid dalam karangan Ibnu Qayyim,

Tidak mengapa menulis ayat al-Quran, dan menyiramnya pada orang sakit.

Tetapi dalam permasalahan ini, jika air tersebut untuk diminum, maka ia tidak boleh dilangkah sama sekali, kerana makanan dan minuman merupakan rezeki yang Allah turunkan, dan perlu dimuliakan serta dihormati sebaiknya, sebagaimana Baginda s.a.w. menghormati makanan.

Lihat hadis dari Abu Hurairah r.a. katanya,

“Rasulullah s.a.w. tidak pernah mencela sama sekali pada sesuatu makanan. Jikalau beliau ingin makanan tersebut, beliau akan memakannya, tetapi jika tidak menyukainya, beliau tinggalkan tanpa mengucapkan celaan padanya.” – HR Muttafaq Alaih

Jelas mencelanya sahaja Baginda s.a.w tidak pernah lakukan, apatah lagi melangkah atau memijaknya. Tidakkah itu menunjukkan sesuatu yang sangat biadab dan berkait rapat dengan rendahnya akhlak serta moral seseorang.

Islam itu didasari dengan akhlak. Sekalipun ia tidak bertentangan dengan syariat Islam atau bertentangan dengan akidah, tetapi jika melibatkan akhlak maka tidak sempurna juga agamanya.

Untuk menyatakan hilangnya khasiat, atau keberkatan pada air tersebut sekiranya dilangkah, ia perlu pada kajian yang lebih teliti, bukan hanya bersandarkan teori semata. Wallahu a’lam.

Baca : Air zamzam penawar pelbagai penyakit. 

Like FB MyKMU disini

‘Tak dapat jumpa anak, tengok dewan peperiksaan pun OK…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker