Pemandu Ferrari tak marah warga emas langgar keretanya

Pemandu Ferrari tak marah warga emas langgar keretanya

BEIJING – Seorang pemuda di China hanya meminta sedikit ganti rugi daripada seorang lelaki tua kerana melanggar kereta Ferrari miliknya berharga 4.5 juta yuan (RM2.89 juta), lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Gan dari Shanghai dipuji orang ramai kerana bertolak ansur dan tidak memalukan seorang pemandu beca elektrik yang cuba melarikan diri setelah melanggar keretanya.



Dalam sebuah klip video, Ferrari berwarna kuning itu diberhentikan di lintasan pejalan kaki bersebelahan beca elektrik itu selepas pelanggaran kecil berlaku.

Menurut Gan, kemalangan berlaku di kawasan The Bund, kira-kira pukul 8 malam (waktu tempatan) 15 Ogos lalu.

Walaupun nilai kerosakan dianggarkan mencecah 100,000 yuan (RM64,291), Gun enggan menyusahkan warga emas itu dan meminta ganti rugi cuma 190 yuan (RM122).

Tindakan Gun mendapat perhatian orang ramai di media sosial China.



“Jelas sekali Gan tidak mahu meminta sebarang ganti rugi daripada lelaki tua itu, dia hanya mahu lelaki itu belajar dari kesilapannya,” komen seorang netizen. K Online

Pemandu Ferrari tak marah warga emas langgar keretanya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri



Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker