Tindakan Tony Pua kritik Kerajaan Anwar dapat pembelaan Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua ditempelak apabila mencadangkan kerajaan menyediakan penerbangan percuma kepada rakyat Malaysia ke Singapura, berbanding melaksanakan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) menghubungkan dua negara yang didakwa tidak mempunyai nilai kewangan kepada Malaysia.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata HSR akan memberi manfaat kepada semua pengguna dan tidak menggunakan dana kerajaan kerana ia adalah inisiatif daripada pihak swasta.

“Tony Pua gagal menilai HSR dari aspek limpahan. HSR adalah ‘game changer’ yang akan membangun kawasan sekitar stesen HSR nanti. Manfaat ekonomi amat besar.



“Kenapa Tony Pua tidak mengkritik projek terowong dasar laut Pulau Pinang. Apakah ia prioriti? Pulau Pinang sudah ada dua jambatan.

“Mujur Tony Pua tiada lagi jawatan dalam kerajaan. Dia makin tersisih dalam politik DAP. Dia ‘punahsihat’,” katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya, hari ini.

Semalam, Tony dalam satu kenyataan menyatakan kerajaan mampu melaksanakan perkara berkenaan berbanding melaksanakan semula projek mega dianggar membabitkan kira-kira RM80 bilion termasuk untuk pengambilan tanah tanpa mengira nilai faedah.

Katanya, penerbangan Kuala Lumpur-Singapura Changi adalah laluan udara paling sibuk di dunia.



“Ia membabitkan 4.9 juta tempat duduk. Mengandaikan lebih kurang RM400 (nilai) bagi satu kerusi, ia akan membabitkan kurang RM2 bilion nilai tiket penerbangan setahun,” katanya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM sita Menara Ilham milik Tun Daim Zainuddin

Mini Dhaka di KL diserbu



Malaysia terima pujian antarabangsa halang kapal Israel berlabuh

CEO Starbucks merungut apa tu?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker