Kelantan mohon ‘lockdown’ sekali lagi?

Selepas permohonan pertama ditolak, kerajaan Kelantan dikatakan mengulangi permohonan untuk melaksanakan ‘lockdown’ atau perintah kawalan pergerakan (PKP) yang ketat seperti mana PKP 1.0.

Langkah itu dikemukakan kepada kerajaan pusat dalam usaha mengekang penularan Covid-19 di negeri itu yang dilihat membimbangkan.

Menurut sumber, kerajaan negeri sebelum ini sudah membuat permohonan bagi tujuan itu, namun ia ditolak kerana dikhuatiri memberi impak besar terhadap ekonomi pelbagai pihak.



“Tetapi disebabkan keadaan Covid-19 di Kelantan semakin membimbangkan sejak beberapa minggu lalu sehingga fasiliti di hospital serta pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC) kritikal, Kelantan memohon untuk kali kedua beberapa hari lalu.

‘Apa guna ilmu agama setinggi langit jika takut berterus terang’, Abdul Hamid Bador jawab Dewan Ulama PAS

“Berdasarkan rayuan yang dibuat, Kelantan memohon ia dilaksanakan selama dua minggu iaitu sekiranya bermula pada Jumaat ini iaitu 7 Mei, ia akan berakhir pada 20 Mei.



“Setakat ini, rayuan yang dibuat belum mendapat maklum balas dan bergantung kepada kerajaan pusat untuk memutuskan sekali gus mengumumkan perkara itu sekiranya ia setuju dilaksanakan,” katanya sumber yang enggan dikenali ketika dihubungi, hari ini.

Sebagai rekod PKP 1.0 membabitkan penguatkuasaan yang ketat terhadap pergerakan orang ramai dan hanya sektor yang terlibat dengan keperluan utama sahaja dibenarkan beroperasi.

Sementara itu sumber berkata, permohonan untuk memperketatkan PKP itu diangkat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan selepas perbincangan bersama kerajaan negeri.

Ada usaha terancang tanam kebencian terhadap kerajaan PN – Annuar Musa



Katanya, permohonan itu terpaksa diambil memandangkan hanya pendekatan sedemikian dianggap paling sesuai untuk memutuskan rangkaian Covid-19.

“Kelantan sudah lebih dua minggu melaksanakan PKP namun sehingga kini kes Covid-19 tidak menunjukkan penurunan kerana hampir semua sektor ekonomi beroperasi seperti biasa.

“Dengan pelaksanaan ‘lockdown’, ia seperti pelaksanaan PKP 1:0 dengan tidak kesemua sektor dibenarkan beroperasi selain pergerakan lebih terhad berbanding sekarang,” jelasnya.



Sementara itu, sedang cuba mendapatkan pengesahan kerajaan negeri dan Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob berhubung perkara itu. MK

‘Ordinan Darurat tak beri impak dalam tangani wabak’- Zahid Hamidi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker