Madu Bermalam Di Balai Polis Seawal Pukul 3 Pagi, Muat Naik Status Luahan Hati. Ini Komen Adira
Datin Red yang merupakan madu kepada penyanyi Adira Suhaimi baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen apabila dia tampil berkongsi beberapa luahan perasaan di Instagram Stories mengenai keadaan rumah tangganya.
Isteri pertama kepada Datuk Red, Datin Seri Syarifah Nor Shafila Hassim dalam hantaran IG Story tersebut tampil memberi bayangan seolah-olah rumah tangganya bersama suami kini bergolak.
“Tak pernah rasa sesakit ini. Saya dan anak-anak akan melaluinya, kehidupan akan menjadi baik semula. Untuk kali ini, saya takkan setia bersama kamu disebabkan anak-anak. Satu ikatan perkahwinan yang tidak gembira tidak akan berhasil.”
Datin Red dalam pada itu turut berkongsi beberapa keping foto memaparkan dia ditemani rakan baiknya sedang berada di balai polis Sungai Buloh seawal pukul 3 pagi.
Dia turut menulis agar mendoakan yang terbaik buat dirinya dalam menghadapi cabaran rumah tangga untuk kali ini.
Sekadar info, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu sebelum ini telah bernikah dengan penyanyi Adira di luar pengetahuannya pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.
Manakala perkahwinan Datuk Red bersama isteri pertama telah dikurniakan lima orang cahaya mata.
Sebelum bernikah dengan Datin Red, Datuk Red pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun kemudian berpisah lima tahun kemudian dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Keseluruhannya, Datuk Red mempunyai 10 orang anak hasil perkahwinan bersama tiga orang isterinya.
“Saya Doakan Hubungan Mereka Kekal Baik” – Adira
Penyanyi berbakat, Adira Suhaimi enggan mengulas lanjut tentang madunya, Datin Seri Syarifah Nor Shafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red yang meluah perasaan di Instagram Stories baru-baru ini.
Namun menurut Adira, dia merasakan hubungan suaminya bersama isteri pertama itu baik-baik sahaja.
“Kalau dari pihak saya, saya tak akan berkongsi apa-apa di media sosial, bab keluarga ni kalau boleh saya nak simpan betul-betul.
“Saya tak mahu komen lebih, tapi saya rasa mereka (Datin Red dan suami) okay sahaja,” katanya.
Adira berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk kecantikan Fofaskin di Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam pada itu, Adira akui tahu mengenai perkongsian Datin Red yang seolah-olah memberi bayangan berkenaan rumah tangga yang tidak bahagia pada awal April itu.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Kesempatan Bagimu ini sentiasa mendoakan kebahagiaan rumah tangga suami bersama madunya itu.
“Sebenarnya, apa-apa hal keluarga saya akan tahu, cuma saya tak mahu terlalu berkongsi kepada umum mengenainya.
“Saya bukan nak menyibuk, tapi kadang-kadang perkara sebegini ada pihak yang berkongsi dengan kita, kadang-kadang peminat pun ada berkongsi info tentang cerita sebegini.
“Apapun, saya sentiasa mendoakan agar hubungan di sana kekal baik,” katanya menutup bicara.
Datin Red percaya naluri isteri tepat, mimpi wanita bertudung putih mengaku madu semasa Datuk Red kahwini Adira secara rahsia – “Dia perkenalkan namanya bermula huruf A”
Terdahulu MADU kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim mended4hkan dia didatangi mimpi aneh semasa suaminya Datuk Red berkahwin tanpa pengetahuannya pada tahun 2015.
Meskipun perkahwinan itu dirahsiakan suami, Norshafila atau lebih dikenali sebagai Datin Red berkata naluri dan firasatnya sebagai seorang isteri sentiasa tepat terutamanya membabitkan hal rumah tangga.
“Benda ni saya tak pernah kongsi pun dengan anda semua… tapi hari ni saya nak kongsi semasa suami saya k4hwin senyap-senyap dulu. Selepas seminggu baru dia beritahu!
“Okay masa itu mereka kahwin dekat Thailand… saya didatangi mimpi datang seorang wanita memperkenalkan diri namanya bermula dengan huruf A dan wanita itu bertudung putih mengaku dia madu saya.
“Ini kisah benar tau, saya tak reka pun… betullah sixth sense seorang isteri,” katanya.
Perkongsian Datin Red mengenai hal rumah tangga di Instagram.
Datin Red berkongsi mengenai reaksi awalnya apabila mengetahuii suami berkahwin lagi menerusi Instastory pada Isnin.
Sementara itu, Datin Red berkata dia menerima takdir hidup bermadu dan percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
“Cara saya cari bahagia… korang fikir semua benda termasuklah suami hanya pinjaman di dunia ini dan apa benda yang terjadi ada hikm4hnya. InsyaAllah mesti okay!” ujarnya.
Pada 3 Disember 2015, Adira berkahwin dengan Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu yang merupakan seorang ahli perniagaan di Songkhla, Thailand.
Untuk rekod, Adira dan Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu telah berkahwin pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.
Perkahwinan pertama bersama Datin Red dikurniakan lima cahaya mata.
Sebelum perkahwinan itu, Datuk Red pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun berpisah lima tahun kemudian.
Menerusi perkahwinan itu, dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 20 dan 15 tahun.
Untuk perkahwinan bersama Adira, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.
Secara keseluruhan, Datuk Red mempunyai 10 orang anak dalam semua perkahwinannya.
Sumber: IG Datin Red & Astro Gempak
You must be logged in to post a comment.