Hamid bidas ‘menteri tak cerdik’ minta longgarkan sekatan jalan raya



Sebaran :

Dalam sidang media terakhirnya sebagai ketua polis negara, Abdul Hamid Bador membidas “menteri tidak cerdik” yang menggesa sekatan jalan raya – yang diadakan berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) – dilonggarkan.

Abdul Hamid berkata, berlaku peningkatan kes dan kluster baru selepas polis melonggarkan sekatan jalan raya.

“Semalam saya marah menteri yang kutuk polis pasal sekatan jalan raya. Menteri tak cerdik ramai betul pun.



“Dalam ribuan orang (di jalan raya), saya tak boleh pilih. Jadi saya tapislah satu-satu di sekatan jalan raya, jadi berlakulah kelewatan (perjalanan).

“…(Pemimpin politik) beritahu saya longgarkan sekatan jalan raya, apa (kenapa) nak diketatkan. Saya longgarkan balik dan kluster (Covid-19) bertambah,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Susulan penguatkuasaan PKP sejak Mac tahun lalu, polis membuat sekatan jalan raya antaranya bagi menghalang perjalanan rentas negeri.



KPN hentam campur tangan Menteri KDN pada sidang media terakhir

Pada masa sama, terdapat juga sekatan jalan raya yang diadakan di dalam bandar dan negeri.

Semalam, Abdul Hamid berkata polis bukan saja berdepan kecaman orang ramai berhubung pelaksanaan sekatan jalan raya, tetapi juga daripada pegawai kerajaan dan menteri.

Walhal, katanya, mereka sepatutnya faham sekatan diadakan atas arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membendung penularan wabak Covid-19.



Hari ini, dia turut mempertahankan tindakan “anak buahnya” di Kelantan yang mengenakan kompaun RM50,000 terhadap seorang peniaga burger yang didapati beroperasi lebih masa.

Katanya, jumlah itu sememangnya ditetapkan untuk sektor perniagaan, manakala jumlah maksimum untuk individu sebanyak RM10,000.

Saya tak ada kaitan audio bocor, boleh dapat video dari Marikh

Namun dia menyuarakan kekesalannya dengan sikap segelintir pemimpin politik yang menurutnya cuba mengambil kesempatan terhadap isu itu dan menggambarkan polis tidak sensitif.



“Saya dah bagi tahu kesalahan dia dalam bentuk gerai, jadi kompaun RM50,000 untuk premis perniagaan yang degil, individu RM10,000.

“RM50,000 bukan kerana polis tak sensitif.. Boleh merayu, bukan tulis RM50,000 terus bayar RM50,000,” katanya.

Pada 26 April lalu, peniaga tersebut Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, yang berniaga di depan rumah menyuarakan rasa terkejut atas jumlah denda terhadapnya.



Untuk rekod, kes itu itu juga tular di media sosial dengan ramai yang menyuarakan bantahan terhadap jumlah denda yang dikenakan.

Ahli politik jangan berkokok, ekor bergelumang tahi – KPN


Sebaran :


Leave a Reply