Ayat al-Quran dicetak pada seluar dalam lelaki



Sebaran :


SANDAKAN: Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) Sandakan telah mengesan beberapa pasar raya di Sandakan yang didapati menjual seluar dalam lelaki atau ‘boxer’ yang memaparkan sepotong ayat suci Al-Quran.

Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Sandakan, Romzi Abdul Rahman berkata, susulan kejadian tular di Facebook berhubung perkara itu, pihaknya bergegas membuat pemeriksaan lanjut, pada Jumaat.

Menurutnya, seramai enam anggota penguat kuasa JHEAINS terlibat dalam pemeriksaan berkenaan.



Pada awalnya JHEAINS membuat pemeriksaan ke atas pasar raya yang ditularkan menjual ‘boxer’ berkenaan yang terletak di Batu 8.

Bagaimanapun, sebaik tiba, didapati dakwaan itu ternyata benar, namun pakaian dalam itu sudah pun disimpan.

Susulan itu, JHEAINS menjalankan pemeriksaan ke atas beberapa lagi pasar raya di Sandakan dan mendapati dua buah pasar raya didapati turut menjual ‘boxer’ berkenaan.



Justeru, pihaknya telah merampas beberapa helai seluar dalam berkenaan untuk tujuan siasatan.

Pihak pasar raya juga diminta menyimpan dan tidak menjual seluar dalam terbabit.
Dalam pada itu, difaham pihak pengurusan sebuah pasar raya turut memaklumkan bahawa pihak pengeluar jenama seluar berkenaan telah memberikan arahan penarikan ‘boxer’ terbabit.

Bagaimanapun, tindakan selanjutnya akan diambil bagi menangani perkara tersebut.
Sejak pagi Jumaat, beberapa keping gambar memaparkan ‘boxer’ yang tertera ayat Al-Quran tular di Facebook. Awani



Sajat hina agama lagi?


Sebaran :


Leave a Reply